MPU2183 Pembelajaran 7 - 9

Pembelajaran 7: Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
Topik Minggu Ini
Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa.
- Sejarah Alam Melayu.
- Peradaban Pribumi Alam Melayu
- Peradaban Asia ( India, China, Timur Tengah)
- Peradaban Barat
- Peradaban beridentitikan Malaysia.
- Kemerdekaan 1957 - Negara-Bangsa
- Pembinaan Negara
- Pembinaan Bangsa
- Konsep Negara dan Bangsa.
- Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam acuan Malaysia.
- Kepelbagaian idea “Bangsa Idaman” dan perbahasan
Zaman Pra Sejarah
https://www.youtube.com/watch?v=GtKW20_h_qY
Zaman Paleolitik
- Kewujudan petempatan paling awal di alam Melayu
- Kehidupan sara diri & berpindah randah
- Penggunaan alat batu dalam bentuk asas
Zaman Mesolitik
- Kehidupan masyarakat masih berkisar pada kegiatan sara diri
- Wujud evolusi dalam kehidupan
- Bermula kegiatan membentuk batu menjadi alatan keperluan dan senjata.
- Bermula kegiatan pertanian, penternakan, perdagangan awal & perhubungan dengan kawasan lain
Zaman Neolitik
- Kehidupan masyarakat terus mengalami evolusi
- Wujud teknologi penciptaan baru yang lebih lengkap
- Zaman batu akhir – pelengkap zaman batu
Zaman Logam / Gangsa Besi
- Masyarakat mula tinggal tetap di satu-satu kawasan
- Tertumpu di kawasan yang mempunyai sumber air
- Bermula penggunaan peralatan logam
Kewujudan Kerajaan Melayu Kuno/ Kerajaan Purba
https://www.youtube.com/watch?v=gMjWwfkh0NA
- Langkasuka
- Kedah Tua
- Gangga Negara
- Chih-Tu
- Lo Yueh
- Tan-Tan
Kurun pertama hingga kurun ke-6 masihi, kerajaan Funan muncul sebagai sebuah kuasa terkuat di rantau Asia Tenggara. Kemudian pada kurun ke-7 hingga kurun ke-11 masihi, Kerajaan Srivijaya menjadi kuasa yang besar di Asia Tenggara. Menguasai jalan perdagangan Selat Melaka dan Laut Jawa disamping pelaburahan-pelabuhan penting. Majapahit pula muncul kuasa terkuat pada kurun ke-13 masihi selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya. ia berlaku selepas Majapahit selepas mengambil alih peranan kerajaan Singhasari di Jawa, iaitu semasa pemerintahan Hayam Wuruk dan Patih Gajah Mada. Pada Abad ke 13 atau 14 Kemunculan Melaka telah mendominasi perdagangan dan penguasaan wilayah rantau Melayu menengelamkan kekuasaan Majapahit.
Diganti Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
Melaka menjadi kuasa baharu selepas Majapahit sebagai Pusat Jaringan Pertemuan dan Pergaulan Peradaban. Melaka telah menjadi pusat tumpuan perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu sekitar kurun ke-15. Kemasyhuran Melaka telah menarik kedatangan para saudagar dari benua asing seperti India, China dan Timur Tengah, Kedatangan pedagang asing dan pendakwah agama telah membuka ruang interaksi dan pertembungan peradaban rentas benua. Mereka bukan sahaja belajar dan memahami budaya masyarakat Melayu tetapi mereka turut memperkenalkan budaya dan cara hidup mereka kepada masyarakat tempatan. Interaksi dan pertembungan peradaban rentas benua yang berlaku di Melaka telah menjadi pemangkin kepada asas kewujudan peradaban majmuk.
https://www.youtube.com/watch?v=aZJz0w7dap0
https://www.youtube.com/watch?v=JEmcgDGUvAc
Pengaruh Peradaban Asia: India
Hubungan India dengan rantau Asia Tenggara telah bermula sejak kurun kedua Masihi lagi. Kegiatan penyebaran agama Buddha dan Hindu serta pelayaran putera putera diraja India telah mempercepatkan hubungan perdagangan serta kebudayaan antara India dengan rantau Asia Tenggara. Hubungan awal India dengan Tanah Melayu tidak berbentuk penaklukan politik, kecuali ekspedisi ketenteraan oleh Rajendra Chola yang menyerang Sailendra. Nama-nama seperti Suvarnabhumi (Tanah Keemasan) dan Suvarnadvipa (Pulau atau Semenanjung Emas) digunakan untuk merujuk kepada negeri-negeri di Tanah Melayu yang kaya dengan emas. Perkembangan pengaruh ‘Indianization’ ke atas penduduk di rantau Asia Tenggara berlaku sebelum tahun 1500 Masihi.
Pengaruh Peradaban Asia: China
Peradaban yang terawal di negara China ialah di Sungai Kuning iaitu di kawasan utara, kira-kira 4000 hingga 2000 S.M. Hubungan China dengan Alam Melayu telah wujud sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M.). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu sehingga terwujudnya hubungan diplomatik. Pada zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya, berlaku kedatangan para saudagar China dan penuntut agama Buddha secara besar-besaran. Pada zaman Dinasti Tang kerajaan China telah membuka tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar. Salah satunya perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu. Kemunculan Melaka telah meneruskan tradisi hubungan baik dengan kerajaan China yang membuka ruang jaringan yang lebih luas dalam penyerapan peradaban khususnya pada zaman Dinasti Ming dalam abad ke-15.
Pengaruh Peradaban Timur Tengah
Pengaruh dari Timur Tengah telah membawa impak yang cukup besar dalam keseluruhan sistem kehidupan masyarakat Melayu. Islam adalah perkara yang terbesar dalam kehidupan orang Melayu sejak kedatangan ke rantau Melayu.
Kemasukan pengaruh Timur Tengah ini bukan sahaja menghakis pengaruh peradaban India sebelum ini tetapi telah mengubah pegangan agama, kepercayaan, pemikiran, cara hidup, sistem pemerintahan, perundangan dan pelbagai lagi.Namun begitu, pengaruh peradaban India tidak sepenuhnya hilang, cuma diadaptasi bersama dan disesuaikan dengan ajaran Islam sebagai contoh: hierarki pemerintahan, adat perkahwinan dan warisan kesenian. Adaptasi dan penyesuaian ini telah memperkukuh dan memperkayakan lagi peradaban Melayu sehingga membentuk peradaban Melayu Islam.
Peradaban Barat
Pengaruh peradaban dari Barat bermula dengan kedatangan kuasa kolonial ke Alam Melayu (khususnya Tanah Melayu);
- Portugis 1511
- Belanda 1641
- British 1786
Peradaban Barat bukan sahaja membawa pengaruh dalam kehidupan sosial dan sistem ekonomi masyarakat, tetapi telah membawa implikasi yang besar dalam struktur pentadbiran dan pemerintahan negara. Walaupun pengaruh dari Portugis dan Belanda tidak membawa implikasi yang signifikan pada negeri-negeri Melayu keseluruhannya melainkan Melaka, tetapi secara langsung mahupun tidak langsung, ia membawa implikasi dari segi penerimaan beberapa istilah dalam penggunaan Bahasa Melayu. Hanya setelah kemasukan kuasa Inggeris, pengaruh Barat jelas kelihatan khususnya dari segi sistem pemerintahan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya kefahaman berkaitan dengan etika dan peradaban di mana agama dipisahkan dari politik (membawa implikasi besar ke atas pembinaan negara-bangsa). Selain itu, pengaruh Barat yang cuba mengembangkan ajaran Kristian telah mendorong para pendakwah Islam mempergiatkan peranan mereka di Tanah Melayu
Pengaruh Peradaban Barat: Penjajahan Inggeris
- 1786 – Francis Light menduduki Pulau-Pinang
- 1819 – Stamford Raffles menduduki Singapura
- 1824 – Perjanjian Inggeris-Belanda yang mengesahkan pendudukan Inggeris di Tanah Melayu
- 1825 – Persetiaan awal Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat pengaruh Siam di Perak dan Selangor
- 1826 – Perjanjian Burney ditandatangani antara Inggeris dengan Siam
- 1826 – Singapura, Pulau-Pinang dan Melaka disatukan di bawah Negeri-Negeri Selat (NNS)
- 1841 – James Brooke mengambil Sarawak
- 1874 – Perjanjian Pangkor dan campur tangan Inggeris di Perak
- 1874 – Campur tangan Inggeris di Selangor
- 1874 – Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong
- 1875 – Brunei menyerahkan Sabah kepada British
- 1888 – Campur tangan Inggeris di Pahang
- 1896 – Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)
- 1909 – Perjanjian Bangkok ditandatangani di mana Siam menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada Inggeris dan membentuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
https://www.youtube.com/watch?v=nsuc9WbmdJs
https://www.youtube.com/watch?v=mr-4Cp1Sac4
https://www.youtube.com/watch?v=0Ks4sq47BTU
https://www.youtube.com/watch?v=KqFk8Zr_kE8
https://www.youtube.com/watch?v=8WWU5IrrMMw
https://www.youtube.com/watch?v=Kf_FK5UCViY
Kesimpulan
Sejarah negara kita bermula dengan pembinaan wilayah dan negeri-negeri yang diperintah oleh ketua dan raja. Konsep negara kota yang diamalkan memberikan kuasa pemerintahan dan pentadbiran kepada raja dan dibantu oleh pembesar-pembesar. Kedatangan barat mengubah konsep negara kota dengan birokrasi Barat. Birokrasi Barat ini dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara yang telah merdeka bersama-sama dengan ciri-ciri pemerintahan tradisional. Konsep negara bangsa moden diamalkan yang dikaitkan dengan negara dan warganegara Malaysia. Dalam sebuah negara bangsa konsep perpaduan dibangunkan dengan dasar-dasar dalam pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Setelah lebih 60 kemerdekaan Malaysia, dengan pelbagai cabaran perpaduan ini masih perlu dibangunkan untuk kehidupan bernegara yang harmoni bagi bangsa Malaysia.
Pengalaman daripada sejarah membentuk acuan peradaban di Malaysia sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Kebanyakan pengaruhnya dibawa dengan aktiviti perdagangan. Bagaimanapun sejarah juga menunjukkan bahawa pengaruh lain yang juga kuat mempengaruhi peradaban negara ini dengan perluasan kuasa dan pengaruh Barat ke negara kita. Pengaruh agama, budaya, aktiviti ekonomi dan politik memberikan impak kepada peradaban di Malaysia melahirkan peradaban yang kaya dengan kepelbagaian. Kepelbagaian ini beransur-ansur berasilmilasi dengan kehidupan penduduk Malaysia menjadi kebudayaan baharu.
Pembelajaran 8: Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia
Topik Minggu Ini
- Konsep Negara dan Bangsa.
- Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam acuan Malaysia.
- Kepelbagaian idea “Bangsa Idaman” dan perbahasan
Gerakan Nasionalisme
Beberapa perjuangan kemerdekaan yang mendapat pengaruh daripada perjuangan rakyat Indonesia dalam revolusi menentang Belanda yang gagal pada tahun 1926. Ramai yang terlibat dengan revolusi melarikan diri ke Tanah Melayu. Beberapa tokoh terlibat dalam menyebarkan fahaman penentangan terhadap penjajah dari Indonesia seperti Tan Melaka, Sutan Djenin, Mokhtaruddin Lasso dan Alimin.
Keadaan ini berterusan sehingga British dikalahkan oleh Jepun pada tahun 1942. Jepun mentadbir Tanah Melayu dengan mengenepikan sistem pentadbiran British. Jepun menggunakan pentadbiran Tentera untuk mentadbir di Tanah Melayu yang berpusat di Singapura. Jepun melantik orang-orang Melayu untuk menjawat jawatan di dalam Pentabiran Tentera Jepun. Tokoh nasionalisme Melayu Seperti Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaacob diberikan jawatan yang penting dalam pentadbiran Tentera Jepun.
KMM ditubuhkan sebagai Kesatuan yang menentang dasar-dasar British yang tidak menguntungkan rakyat. Kesatuan ini adalah organisasi kebangsaan pertama yang melawan penjajah untuk mencapai kemerdekaan yang wujud pada tahun 1936. Diketuai oleh Ibrahim Yaacob, mereka bertanggungjawab dalam bekerjasama dengan Jepun untuk memerdekakan Tanah Melayu. Apabila British mengetahui hal ini banyak ahli KMM telah ditahan oleh British. Semasa pemerintahan Jepun pemimpin-pemimpin KMM telah diberikan beberapa jawatan dalam Pentadbiran Jepun.
Walaupun mereka berjaya menyingkirkan British tetapi mereka sedar bahawa mereka tidak mendapat kemerdekaan apabila Jepun hadir di Tanah Melayu. KMM cuba meminta kemerdekaan daripada Jepun memandangkan Jepun berjanji mahu memberikan kemerdekaan kepada Indonesia, maka Tanah Melayu juga boleh menyertai Indonesia untuk mendapat kemerdekaan. Bagaimanapun kesatuan ini telah diharamkan oleh Jepun apabila mengetahui KMM hanya mahu memerdekakan Tanah Melayu. Beberapa ahli KMM menyertai MPAJA pula untuk melawan Jepun.
Selepas Perang Ke-2
MALAYAN UNION.
Selepas Perang Dunia ke 2, British kembali ke Tanah Melayu untuk meneruskan pemerintahannya. Pada 1 April `1946, British telah memperkenalkan Malayan Union yang menghilangkan lebih banyak ciri-ciri pentadbiran Melayu yang diwarisi sebelum ini dengan meletakkan Gabenor sebagai pemerintah tertinggi. Bukan itu sahaja, penggubalan undang-undang Malayan Union yang dibuat di parlimen Britain. Di setiap negeri pula Pesuruhjaya British akan mengetuai pentadbiran menggantikan Sultan sebagai ketua negeri. Raja-raja akan menjadi ahli dalam majlis Melayu yang hanya akan berkuasa dalam hal ehwal adat dan agama Islam. Status negeri naungan yang digunapakai sebelum perang digantikan dengan status negeri jajahan Mahkota British.
British memperkenalkan Malayan Union yang mana ditentang oleh orang Melayu secara habis-habisan. Malayan Union yang menghakis kuasa raja-raja melayu dan menyamaratakan kerakyatan Malayan Union dengan prinsip Jus Soli menyebabkan orang melayu secara gerakan nasionalisme telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ditubuhkan semasa persatuan-persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu termasuk PKMM berkongress di Kuala Lumpur untuk mencari jalan melawan Malayan Union. Ditubuhkan di Istana Johor pada tahun 1946. Yang Di Pertua yang pertamanya ialah Dato Onn.
Tentangan besar-besaran diseluruh negara telah memperlihatkan bahawa orang Melayu mampu menggugat kuasa British dengan lebih ketara lagi. Melihat perkembangan ini, British bersetuju untuk berkompromi dengan UMNO yang dipimpin Dato Onn dan melihat Kuasa Raja-Raja Melayu harus dikekalkan dan kerakyatan Jus Soli harus dibatalkan dengan perlaksanaan syarat kerakyatan yang lebih ketat dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Raja-raja kembali menjadi ketua di negeri-negeri dan status Tanah Melayu kembali menjadi negeri naungan British. Persekutuan Tanah Melayu adalah bentuk kesatuan yang dipinta oleh UMNO untuk menggantikan Malayan Union. British bersetuju dengan saranan UMNO kerana sifat politik UMNO yang sederhana berbanding dengan parti-parti yang berhaluan kiri. Pada ketika ini perubahan dibuat seperti yang dikehendaki oleh majoriti penduduk Tanah Melayu iaitu orang Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada February 1948. Ia ditentang oleh All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan juga gabungan PKMM, API, AWAS, dan BATAS. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock dan juga Dr Burhanuddin Al Helmi. PUTERA menggagaskan Perlembagaan alternatif kepada Persekutuan Tanah Melayu. Ia ditolak oleh British. PUTERA kemudiannya melancarkan ‘Hartal’ sebagai protes.
Sistem Ahli
Sistem Ahli dibentuk untuk memberikan latihan pentadbiran kepada pemimpin–pemimpin Tanah Melayu. 3 orang dilantik daripada pemimpin Melayu, seorang pemimpin Cina, seorang India dan empat orang dari Eropah menganggotai Sistem Ahli yang merupakan suatu ciri kabinet terawal Tanah Melayu yang dianggotai pemimpin tempatan.
Dasar Pelajaran
https://www.youtube.com/watch?v=wno9RvCR9Ns
Sistem pelajaran juga dibentuk bagi menyeragamkan sistem pelajaran negara dan juga memupuk perpaduan yang dilihat suatu faktor kepada kerjasama antara kaum. Selepas laporan Barnes dikemukakan, dibalas pula dengan laporan Fenn-Wu pada tahun 1951. Kerajaan Persekutuan telah menghapuskan sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris dengan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar utama Bahasa Melayu diperingkat rendah dan Bahasa Inggeris diperingkat menengah. Walaubagaimanapun akibat semangat negeri asal yang masih kuat dalam kalangan kaum imigran maka sekolah vernacular Cina dan India dikekalkan seperti saranan Laporan Fenn-Wu. Selepas rombongan kemerdekaan pulang daripada London, Dato Razak Hussin yang dilantik menjadi Menteri Pelajaran mengemukakan Laporan Razak sebagai laporan pelajaran baharu yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai kaum dalam satu sistem pelajaran. Walaubagaimanapun, sistem sekolah vernakular masih diamalkan dan mahu dikaji semula.
Pilihan Raya Umum Pertama 1955
https://www.youtube.com/watch?v=HmzSGjB6IrI
Kerjasama MCA dan UMNO yang berkompromi untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur. Sebelum itu orang Melayu dan orang buka Melayu sudah digabungkan dalam perundingan UMNO yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar dan CLC yang dipengerusikan oleh EEC Thuraisingam. Dalam perundingannya Tan Cheng Lock mewakili orang Cina meminta Dato Onn menimbangkan untuk bersetuju memberi hak kerakyatan yang lebih mudah kepada orang bukan Melayu. Pada ketika ini juga UMNO digesa untuk membuka keahliannya kepada orang bukan Melayu untuk mencapai maksud perpaduan kaum. Cadangan ini ditentang oleh orang UMNO menyebabkan Dato Onn meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Umno. Dato Onn dengan visi perpaduan etnik berbilang kaumnya menubuhkan parti berbilang kaum yang pertama iaitu Independent Malayan Party (IMP). Parti yang liberal ini, tidak dapat sambutan rakyat Tanah Melayu pada ketika itu.
Pilihanraya umum pertama diadakan setelah cadangan daripada Parti Perikatan, Independant Malayan Party (IMP) pimpinan Dato Onn menggesa untuk diadakan pilihanraya untuk memilih wakil rakyat yang akan menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan. Ia juga merupakan tindakan awal untuk negara beransur-ansur mendapat status berkerajaan sendiri. Pilihan raya umum yang pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955. Untuk perpaduan, Tunku lebih selesa dengan penggabungan dalam Perikatan. Perikatan pertama kali ditubuhkan pada 1952 antara UMNO dan MCA untuk menghadapi Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur
Dalam pilihan raya Umum 1955, Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul bertanding bersama Parti Negara diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar, Parti Islam Se-Malaya (PAS), Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu. Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Parti Perikatan telah dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Pada 31 Julai 1955, sebuah Jemaah Menteri telah dibentuk dengan persetujuan Pesuruhjaya Tinggi British.
Seperti yang dijanjikan oleh beliau, beliau mahu penggantian penjawat awam dibuat untuk menggantikan pegawai-pegawai British yang berkhidmat dengan kerajaan dengan penjawat awam tempatan. Beliau juga menggesa supaya kawalan ke atas kewangan negara perlu diserahkan kepada kerajaan perikatan yang telah memenangi pilihanraya. Untuk kawalan kewangan, pertemuan dibuat antara Setiausaha Kewangan dengan wakil Perikatan dan Wakil Raja-Raja untuk membincangkan perkara tersebut. Begitu juga dengan kawalan ke atas ketenteraan negara yang pada ketika itu masih di bawah arahan daripada London.
Seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihanraya , Tunku merancang lagi untuk ke London selepas memenangi Pilihanraya 1955. Dalam keadaan negara yang masih dalam ancaman Komunis, beliau mengatakan bahawa merdeka perlu dicapai dalam masa 2 tahun, jika tidak negara akan berada dalam bahaya. Semasa pembentangan Belanjawan pertama negara Tunku menyatakan bahawa Parti perikatan tidak akan membawa mangkuk sedekah ke London kali ini, beliau meminta untuk dikembalikan apa yang menjadi hak rakyat. Beliau juga menggesa raja-raja untuk untuk bersetuju dengan rancangan kemerdekaan.
Persidangan Malaya Merdeka Di London
https://www.youtube.com/watch?v=7XT0JlpC_4k
Pada 18 Januari 1956, bermulanya Persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London yang dipengerusikan oleh Lord Annex Lennox Boyd untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh Ketua Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Encik T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin selaku Setiausaha Bersama. Manakala empat wakil bagi Raja-raja Melayu ialah Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dato Wan Idris, Dato Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd. Seth. Mohd. Said.
Persidangan yang berlangsung selama tiga minggu ini merundingkan beberapa hal ehwal berhubungan dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan, hal-ehwal luar negeri serta penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan bagi mengkaji semula perlembagaan terutamanya mengenai kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu yang mesti dikekalkan. Misi rombongan menuntut kemerdekaan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan Kerajaan British untuk perkara-perkara yang berikut:
- Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.
- Suruhanjaya bebas akan dilantik untuk menggubal Perlembagaan
- Perjanjian pertahanan dgn British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
- Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
- Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri diteruskan.
Perkara-perkara berkenaan dengan kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri telah diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan British. Untuk memudahkan kemerdekaan Tanah Melayu, Kerajaan British telah menubuhkan Jawatankuasa Majlis Ekonomi yang membincangkan tentang bantuan kewangan kepada Tanah Melayu. Bantuan yang diberikan adalah bertujuan untuk memastikan Persekutuan Tanah Melayu merdeka mempunyai kewangan yang mencukupi. Selain itu Persekutuan Tanah Melayu perlu mempunyai kestabilan kewangan yang membolehkannya mampu untuk membiayai gerakan menentang ancaman komunis.
Suruhanjaya Reid
Pada 21 Mac 1956, satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan padad 31 Ogos 1957. Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gabenor Australia), Tuan B. S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan). Tugas Suruhanjaya ini ialah seperti berikut:
-
Merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
-
Menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
-
Menjamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
-
Menwujudkan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
-
Melantikan seorang Ketua Negara berperlembagaan
-
Mengekalkan hak istimewa orang-orang Melayu.
Cadangan Reid diterima oleh Parlimen British. Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan pula di Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Maka termaktublah rupa susun atur dan prinsip-prinsip kerajaan dan negara Tanah Melayu yang merdeka seperti yang berikut:-
-
Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
-
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
-
Parlimen dengan pembahagian Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
-
Perdana Menteri akan menjadi ketua pentadbiran negara.
-
Perdana Menteri dibantu oleh kabinet.
-
Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan.
-
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Persekutuan.
-
Kerakyatan terbuka mengikut negeri kelahiran atau mengikut tempoh menetap.
-
Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu diberi pertimbangan.
-
Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan.
Merdeka
Apabila Perdana Menteri Tanah Melayu pertama iaitu Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan maka bermulalah pentadbiran Tanah Melayu dengan ciri-ciri pentadbiran yang termaktub dalam Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.
Walaupun negara sudah pun berkerajaan tempatan, British masih berjaya membentuk pentadbiran Tanah Melayu yang bercirikan British. Selain sistem yang telah diterangkan lebih awal iaitu sistem demokrasi, berparlimen, undang-undang, percukaian dan raja, kita juga mewarisi sistem pengasingan kuasa yang disebut sebagai Doktrin Pengasingan Kuasa. Kuasa Perundangan dipisahkan dengan kuasa eksekutif kerajaan dan juga kehakiman. Ini adalah penting untuk memastikan tiada pemusatan kuasa sama ada daripada yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Parlimen dan juga Ketua Hakim dan Peguam negara. Negara kita juga menggunakan gaya pentadbiran ‘Westminster’ yang mengikut kaedah birokrasi barat.
Seperti di Britain sistem pemerintahan Negara kita mengikut konsep Raja Berperlembagaan. Sebenarnya konsep ini bukanlah baru, malah seperti yang diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar di Johor Raja akan memerintah mengikut perlembagaan yang ditetapkan. Pemerintahan negara bukanlah mengikut konsep tradisional iaitu Raja yang berkuasa mutlak dan mempunyai kata pemutus dalam semua perkara.
Sistem parlimen negara kita juga mengikut cara yang digunakan di Britain. Adalah yang dipilih melalui pilihanraya akan menganggotai parlimen di Dewan Rakyat membincangkan tentang rang undang-undang dan juga dasar kerajaan. Selain Dewan Rakyat terdapat juga Dewan Negara yang ahlinya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan juga Dewan Undangan setiap negeri. Yang Dipertuan Agong adalah pihak yang akan meluluskan rang undang-undang dan juga dasar kerajaan yang telah dibincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat adalah ahli parlimen yang dipilih dalam pilihanraya oleh Rakyat untuk mewakili kawasan parlimennya. Sistem ini telah bermula selepas Pilihanraya Umum yang pertama pada tahun 1955. Ahli Dewan Rakyat adalah yang bertanggungjawab untuk memilih ketua pentadbir kerajaan dalam Badan Eksekutif iaitu Perdana Menteri. Ahli Dewan Negara pula adalah Senator yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Ada juga Senator yang dilantik dari Dewan Undangan Negeri dari setiap negeri-negeri di Tanah Melayu.
Sistem Kabinet negara juga diwarisi daripada British. Walaupun sistem pembesar berempat Melaka juga menyerupai kabinet moden negara akan tetapi kuasa pentadbir dikalangan orang yang dilantik atau dipilh dan juga kuasa pemerintahan yang hanya terlibat dalam agama dan adat lebih mirip kepada sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sistem ini berevolusi apabila negeri-negeri digabungkan dalam Malayan Union dan seterusnya setelah merdeka kuasa Pemerintah iaitu Raja dan kuasa pentadbir iaitu Ketua Menteri masih diasingkan. Ketua menteri atau Perdana Menteri akan dibantu oleh menteri-menteri yang mengetuai kementerian-kementerian. Diperingkat negeri pula pentadbiran kerajaan diketuai oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri dan dibantu oleh exco-exco yang dilantik. Ahli-ahli Kabinet adalah yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh mencadangkan anggota kabinetnya yang boleh datang dari Dewan Rakyat iaitu ahli yang dipilih dari pilihanraya, juga boleh dilantik daripada senator yang menganggotai Dewan Negara. Ahli-ahli kabinet ini diberikan portfolio mengetuai kementerian-kementerian dalam kerajaan.
Sistem kehakiman negara juga mengikut prinsip Undang-undang Kebiasaan atau pun ‘Common Law’. Prinsip ini dibawa oleh Inggeris ke Negeri-negeri Selat dan masih dipraktikkan sehingga negara merdeka. Segala undang-undang yang pernah digunakan dalam negara koloni British dirujuk untuk proses penghakiman selain penggunaan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen. Sebelum colonial, raja dan pembesarlah yang menjadi hakim dalam sesuatu kes dengan merujuk kepada hukum agama, hukum adat atau set undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka dan juga Undang-Undang 99 Perak. Dalam era moden hakim dan majistret adalah orang yang berpendidikan Undang-undang dan dilantik oleh pemerintah untuk mengadili tanpa prejudis dan bias. Penghakiman juga dijalankan di mahkamah yang khusus digunakan untuk proses pengadilan.
Pembentukan Malaysia
Idea untuk menggabungkan Tanah Melayu dan Singapura sebenarnya telah dicadangkan oleh Tunku dan pemimpin-pemimpin Singapura.
Perjuangan ini tidak mudah dengan berbagai-bagai cabaran dan halangan. Halangan selepas merdeka sebenarnya tidak kurang daripada halangan yang mendatang selepas merdeka. Parti-parti pembangkang sentiasa memberikan cabaran dengan permintaan dan gesaan yang tidak sesuai dengan komposisi kaum di Tanah Melayu yang pelbagai. Gesaan yang dibuat oleh Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang diketuai oleh Lee Kuan Yew dengan konsep Malaysian Malaysia setelah kemasukkan Singapura dalam Persekutuan Malaysia menyebabkan kompromi kaum dalam Perikatan tergugat. PETIR berjaya mengalihkan sokongan kaum Cina daripada MCA kepada PETIR. Ketegangan kaum juga meningkat apabila ‘Kontrak Sosial’ yang merupakan intipati kompromi pelbagai kaum dipersoalkan. Hak-hak keistimewaan orang Melayu yang dipersoal menyebabkan orang Melayu mempersoalkan pula taraf kerakyatan orang bukan Melayu. Sebelum keadaan menjadi lebih buruk Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, Perbuatan pemisahan itu telah dilaksanakan oleh Parlimen Malaysia yang membuat Pindaan kepada Perlembagaan Malaysia dan mengesahkan Perjanjian Pemisahan yang ditandatangani oleh kerajaan Singapura dan Kuala Lumpur. Ia telah dilaksanakan oleh Proklamasi Kemerdekaan Singapura pada masa itu oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew yang dibaca di Radio Singapura.
Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam acuan Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=JIMZ5Bhqp7Q
-
Negara didefinisikan sebagai wilayah atau negeri atau daerah yang mempunyai kawasan kedaulatan.
-
Bangsa pula didefinisikan sebagai kumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
-
Negara bangsa bermaksud wilayah kedaulatan yang mempunyai satu bangsa. Negara bangsa lahir daripada kesepakatan politik suatu bangsa untuk mencapai satu ciri kebersamaan dalam satu wilayah yang sama.
-
Konsep negara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau ‘state’ adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sains politik mendefinisikan perkataan negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar
-
Justeru itu, sebuah negara menurut undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen penduduk (rakyat atau populasi), wilayah(sempadan), kerajaan, kedaulatan.
-
Konsep Bangsa mengikut bahasa membawa maksud yang pelbagai:
-
Satu kelompok manusia berdasarkan ciri fizikal iaitu ras dan keturunan.
-
Kaum –kumpulan etnik berdasarkan ciri budaya
-
Satu komuniti politik dalam wilayah tertentu, Nasion, komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan juga perubahan. Satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama
-
Proses yang sama berlaku di Malaysia seperti di Melaka. Pertempatan kekal di Melaka tidaklah bermula sebagai kawasan pertanian subur. Di rantau Melayu, penempatan kekal lebih banyak bertumpu di kawasan pinggir laut dan muara sungai. Orang Melayu lebih rapat dengan laut dan aktiviti kelautan berbanding dengan aktiviti pertanian. Maka negara orang Melayu selalu dirujuk sebagai ‘Tanah Air’. Berbeza konsepnya dengan konsep ‘mother land’ atau ‘Fatherland’ di Eropah atau pun’ atau pun Negara Tengah di China.
Dalam konsep Daulat, Raja adalah tuan punya kepada Daulat (negeri). Konsep ini dikuatkan lagi dengan frasa “Daulat Tuanku” yang diucapkan oleh rakyat sebagai pengakuan kepada hak raja sebagai pemerintah dan tuan punya kepada negeri dan rakyatnya. Selain itu ada beberapa ciri yang mengukuhkan daulat seseorang Raja iaitu dengan kisah asal-usul raja yang daripada keturunan dewa ketika sebelum Islam. Kisah asal-usul raja ditukar kepada keturunan Nabi Muhammad, Iskandar Zulkarnain dan sebagainya selepas kedatangan agama Islam yang menolak unsur-unsur kedewaan. Bahasa Dalam atau pun Bahasa Istana, digunakan untuk membezakan kedudukan Raja dan rakyat yang mana memperkukuhkan kedudukannya dan haknya sebagai tuan punya daulat.
Dalam konsep negara kota, tidak terdapat sempadan politik yang jelas antara wilayah negara kota. Sesebuah wilayah itu diiktiraf atau dianggap sebagai wilayah naungan atau jajahan kerana ufti yang dihantar daripada wilayah naungan ataupun jajahan tersebut. Ufti boleh dihantar dalam pelbagai bentuk seperti wang, emas, perak, timah, perahu, tentera, hasil tanaman dan sebagainya.
Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia Konsep Dan Pembentukan Negara Bangsa Dalam Acuan Malaysia
Negara yang berdaulat dan merdeka merupakan sebuah negara yang bebas dijajah dari sudut minda dan fizikal .Persekutuan tanah melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, terbentuklah sebuah negara yang bebas merdeka. Pada 16 September 1963 persekutuan Malaysia telah terbentuk . Pembentukan ini mewujudkan sebuah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia . Usaha untuk mencapai konsep sebenar bangsa perlu diberi keutamaan bagi memastikan hasrat untuk menjadikan satu negara hanya mengandungi satu bangsa dicapai. Usaha kearah pembentukan negara bangsa merupakan salah satu langkah ke hadapan bagi mewujudkan satu negara satu bangsa . Usaha ini perlu dilaksanakan tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.
Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan dan peperiksaan yang seragam. Menjadikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan menjadi salah satu teras dasar perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 bagi merealisasikan matlamat menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai tempat memupuk perpaduaan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikn dalam bidang akademik dan bukan akademik. Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian. Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 di peringkat rendah dan menengah bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum
Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduaan kaum dan integrasi nasional dengan menempatkan dua atau tiga jenis sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Pelaksanaan Sekolah Wawasan bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada murid pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti. Sekolah Wawasan yang aktif beroperasi terdapat di Perak,Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Negeri Sembilan.
Meningkatkan integrasi wilayah anatara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuaan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di Semenanjung. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan dengan menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Mengambil langkah tertentu bagi membolehkan sekolah- sekolah yang pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama atau Sekolah Kebangsaan berinteraksi dan bergaul dengan pelajar lain.
Korikulum sekolah rendah dan menengah memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah, budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia, dan unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama negara ini. Memupuk kecintaan terhadap seni warisan dan budaya bangsa . Membina Kurikulum Kesenian Membina Sekolah Memantapkan perpaduaan dan integrasi nasional. Menghormati perlembagaan Malaysia Menungkatkan semangat patriotik melalui Kelab Rukun Negara, penyebaran maklumat,kempen cintakan warisan bangsa.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan satu kenyataan bahawa“Membentuk Satu Bangsa Yang Bersatu Padu Serta Mempunyai Satu Masa Depan Yang Sama Dan Dikongsikan Bersama. Bangsa Ini Mestilah Sejahtera Dan Bersepadu, Baik Dari Segi Wilayah Atau Kumpulan Etnik, Hidup Dalam Keadaan Harmoni Dan Berkongsi Dengan Cara Yang Sebenar Serta Adil. Bangsa Ini Hendaklah Terdiri Daripada Satu “Bangsa Malaysia” Yang Kesetiaan Politiknya Serta Kebaktiannya Tertumpu Kepada Bangsa Tersebut”
Proses membentuk negara bangsa mengikut acuan Malaysia haruslah menitik beratkan beberapa perkara iaitu mengurus isu perpaduan dan integrasi national. Acuan inilah yang telah digunakan untuk menyusun atur, merancang dan melaksanakan pembangunan dan pemerintahan Malaysia. Perkiraan asas harus lebih keutamaan terutamanya terhadap budaya, agama dan bangsa kerana negara ini merupakan sebuah negara majmuk Penubuhan Parti Perikatan yang mengabungkan UMN0, MCA dan MIC merupakan teras permuafakatan kaum menjadi agenda utama yang terbina selepas negara mecapai kemerdekaan. Perpaduan yang menjadi matlamat utama dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, pembentukan negara industri, demokratik dan progesif dilaksanakan melalui merupakan acuan kedua diikat dengan falsafah ekonomi yang adil antara kaum, golongan miskin dan kaya , kawasan desa dan bandar serta wilayah . Usaha ini akan dapat menjamin kestabilan sosiol politik dan pembangunan ekonomi negara. Tuntasnya, Ilmu Kenegaraan memberi ruang kepada masyarakat menyedari kebutaan kepada hal ehwal negara sendiri akan membawa kemusnahan dan membantutkan perkembangan negara. Setiap warganegara Malaysia perlu mempunyai ciri-ciri negara bangsa kerana apabila mereka mempunyai ciri tersebut, senario ini menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dalam memupuk semangat negara bangsa dalam diri masing-masing. Perkara ini penting kerana negara bangsa akan hanya menjadi konsep pihak kerajaan semata-mata jika tidak mendapat sokongan dan digerakkan oleh rakyat itu sendiri. Dengan itu, keadaan negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang jauh ketinggalan kerana masih terdapat halangan besar dalam usaha untuk mencapainya. Mantan Perdana Menteri yang keempat negara, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menegaskan bahawa bangsa Malaysia ialah mereka yang mampu untuk mengaitkan jati diri mereka dengan Malaysia, menggunakan bahasa Malaysia dan patuh kepada perlembagaan Malaysia. Oleh itu, bagi menjayakan pembinaan dan pembentukan negara bangsa, kita seharusnya sama-sama cuba menangani cabaran yang wujud supaya kita dapat melahirkan sebuah negara aman damai dan kukuh dari aspek sosioekonomi dan politik yang disegani oleh negara luar.
Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” Dan Perbahasan
Menurut Shamsul Amri Baharuddin, (2011), hasrat mewujudkan “bangsa idaman” di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing.
Antara konsep Negara Bangsa Idaman ialah Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.
Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu). Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsepkonsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia. Malah di Borneo, wujud konsep seperti ‘Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian’. Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum
Kesimpulan
Sejarah negara kita bermula dengan pembinaan wilayah dan negeri-negeri yang diperintah oleh ketua dan raja. Konsep negara kota yang diamalkan memberikan kuasa pemerintahan dan pentadbiran kepada raja dan dibantu oleh pembesar-pembesar. Kedatangan barat mengubah konsep negara kota dengan birokrasi Barat. Birokrasi Barat ini dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara yang telah merdeka bersama-sama dengan ciri-ciri pemerintahan tradisional. Konsep negara bangsa moden diamalkan yang dikaitkan dengan negara dan warganegara Malaysia. Dalam sebuah negara bangsa konsep perpaduan dibangunkan dengan dasar-dasar dalam pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Setelah lebih 60 kemerdekaan Malaysia, dengan pelbagai cabaran perpaduan ini masih perlu dibangunkan untuk kehidupan bernegara yang harmoni bagi bangsa Malaysia.
Pembelajaran 9: Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban di Malaysia
Topik Minggu Ini
- Pengenalan Perlembagaan Persekutuan.
- Definisi dan Konsep Perlembagaan.
- Sejarah dan Garis Waktu Penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
- Konsep, Keperluan dan Penghayatan Tapak Integrasi
- Tiga Tahap Tapak Integrasi (Makro, Meso dan Mikro)
- Cabaran dan Tafsiran Semasa Perlembagaan Persekutuan
Pengenalan Perlembagaan Persekutuan
Sebagaimana yang telah diketahui umum, perlembagaan merupakan satu elemen penting dalam pembentukan sesuatu tamadun atau peradaban yang unggul memandangkan kewujudan perlembagaan akan memberikan garis panduan dan tatacara sesuatu negara itu diperintah dan juga menjaga gerak-geri warganya agar sentiasa mematuhi amalan dan undang-undang negara. Dalam konteks Malaysia, penggubalan dan pengenalan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara mempunyai sejarah yang unik kerana mengambil kira kepentingan masyarakatnya yang bersifat majmuk.
Definisi dan Konsep Perlembagaan
Penggubalan perlembagaan negara Malaysia mengambil masa yang agak lama. Untuk memahami sejarah penggubalan perlembagaan, perlulah ditelusuri sejarah negara dari awal hinggalah tercapainya kemerdekaan. Hal ini akan memudahkan pemahaman tentang siapa, mengapa dan bagaimana sesuatu perlembagaan itu wujud khususnya bagi negara yang bermasyarakat majmuk. Perlembagaan secara amnya ialah satu bentuk kumpulan undang-undang negara yang berperanan membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat khususnya bagi menjunjung negara ini sebagai sebuah negara yang beretika dan berperadaban tinggi.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan, beberapa badan seperti badan kehakiman, perundangan dan eksekutif yang memperoleh kuasa secara terus daripada perlembagaan dan ia mengandungi 13 Jadual dan 183 Perkara. Di dalamnya merangkumi bidang kuasa eksekutif, legislatif, kewarganegaraan, agama Islam, kedudukan kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta lain-lain perkara. Perkara yang menjadi keunikan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana perlembagaan di dunia. Selain itu juga, beberapa nilai seperti pengekalan elemen keagamaan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan pemerintahan beraja yang merupakan aspek yang mendasari ruang lingkup tempatan.
Manakala pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan melalui beberapa cara iaitu:
-
Perkara 159 (4) merangkumi perkara yang boleh dipinda dan memerlukan sokongan 2/3 ahli dewan seperti ikrar dan taat setia, pencalonan dan persaraan ahli Dewan Negara.
-
Perkara 161 (B) yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak dan juga sokongan 2/3 ahli dewan sekiranya terdapat sebarang pindaan. Contohnya isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak. la berkait rapat dengan isu kedudukan istimewa kaum bumiputera dan juga bidang kuasa kerajaan negeri.
-
Perkara 159 (5) pula menjelaskan bahawa sebarang pindaan perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja. Perkara ini berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.
Sejarah dan Garis Waktu Penggubalan Perlembagaan
1. Undang-undang Melayu
-
Tanah Melayu telah memiliki bentuk undang undang yang mantap seperti Hukum Kanun Melaka, Undang Undang Laut Melaka, dan Prasasti Terengganu yang berhubung dengan jenayah , pentadbiran , dan urusan perniagaan .
-
Perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah pada tahun 1895, iaitu Undang Undang Tubuh Negeri Johor diikuti dengan Perlembagaan Terengganu 1911.
-
Perlembagaan bagi Negeri Johor sebagai contoh merupakan perlembagaan kerajaan Melayu yang lengkap.
-
Perlembagaan tersebut memperuntukkan bahawa:
-
Seorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang berketurunan raja raja Johor, lelaki dan menganut agama Islam.
-
Malah menteri menteri juga mesti berbangsa Melayu, rakyat sultan dan menganuti agama Islam.
-
Sementara itu, dalam perkara VII pula diperuntukkan bahawa agama negeri bagi negeri Johor ialah agama Islam.
-
Agama Islam hendaklah secara terus menerus dan selamanya menjadi agama negeri Johor.
-
Peruntukan ini kekal termaktub dalam Undang Undang Tubuh Negeri Negeri yang beraja sehingga kini dan hal ini menunjukkan negeri-negeri di Tanah Melayu telah memiliki perlembagaan yang mantap dalam proses pemerintahan negeri masing masing.
-
2. Malayan Union
-
British telah memperkenalkan perlembagaan Malayan Union. Perlembagaan ini menetapkan bahawa pentadbiran Malayan Union diketuai oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
-
Sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala, majlis yang membincangkan hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya.
-
Perlembagaan Malayan Union juga cuba memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union,seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah.
-
Dari segi pentadbiran, Gabenor memerintah bersama sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat ditubuhkan.
-
Setelah memperoleh bidang kuasa ke atas negeri negeri Melayu, kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946, telah mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946.
-
Hakikatnya, Malayan Union tidak dapat bertahan lama dan menjelang Februari 1948, ia telah dibubarkan kerana mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu dengan cara tunjuk perasaan rapat umum.
-
Keberhasilan orang Melayu membubarkan Malayan Union memperlihatkan kejayaan orang Melayu mengembalikan semula kuasa dan martabat Raja raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
-
Pengenalan Malayan Union 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Terdapat beberapa faktor yang telah membuatkan orang Melayu menolak Malayan Union ini, iaitu:
(a) Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan.
(b) Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
(c) Hak sama rata diberikan kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa.
(d) Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu menggunakan paksaan.
3. Persekutuan Tanah Melayu 1948
-
Ia menggantikan Malayan Union.
-
Ia memperuntukkan kerajaan pusat berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh tetapi pada masa yang sama ia mengekalkan autonomi negeri negeri serta menghormati kebesaran , martabat dan bidang kuasa Raja raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
-
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua daripada tiga Negeri negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
-
Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan.
-
Perlembagaan Persekutuan ini telah memenuhi kehendak pihak yang terlibat dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union.
-
Kedaulatan Raja raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu serta prinsip jus soli telah digugurkan.
-
Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam Malayan Union.
-
Seterusnya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
4. Kemerdekaan Merintis Kerjasama Antara Etnik
-
Kerjasama di antara etnik Melayu dan bukan Melayu dapat dibuktikan melalui Pilihanraya Umum 1955 yang memperlihatkan Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO telah mengamalkan perkongsian kuasa melalui pembahagian kerusi dalam pilihanraya ini .
-
Pilihanraya Umum 1955 telah membuktikan penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu, kerana sekiranya orang Melayu mengamalkan sikap perkauman, sudah tentu mereka hanya menubuhkan kerajaan Melayu dan menggubal satu perlembagaan untuk Tanah Melayu yang merdeka bagi menjamin kekuasaan orang Melayu dengan cara yang berterusan.
-
Parti Perikatan merupakan kerjasama erat antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina , dan India melalui UMNO, MCA, dan MIC.
-
Mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Majlis Sementara Perikatan untuk menghadapi Pilihan Persekutuan 1955 untuk berbincang berkenaan pembahagian kerusi dan kedudukan calon mengikut parti .
-
Orang Melayu merupakan pengundi terbesar, namun UMNO telah memperuntukkan 15 kerusi untuk MCA dan 2 kerusi untuk MIC.
-
Barisan kepimpinan UMNO telah menggesa orang Melayu agar membuang sifat perkauman dan bersedia bertolak ansur demi mencapai kemerdekaan.
-
Ini mendorong kemenangan Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
-
Kemenangan Parti Perikatan ini telah membuka jalan penubuhan satu jemaah menteri dan Tunku Abdul Rahman selaku Yang Dipertua UMNO dan Pengerusi Parti Perikatan telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama dan turut menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
-
Beliau dibantu 10 menteri lain iaitu 6 orang dari UMNO, 3 dari MCA, dan seorang dari MIC.
-
Pemilihan wakil tiga etnik terbesar ini dalam kabinet menunjukkan satu kerjasama yang baik serta memberi keseimbangan etnik dalam usaha ke arah kemerdekaan yang sebenar .
5. Suruhanjaya Reid
-
Ia dinamakan Suruhanjaya Reid bersempena nama pengerusinya Reid Lord dari Britain.
-
Dibentuk pada Mac 1956 bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang memegang asas pemerintahan demokrasi berparlimen.
-
Pengerusinya iaitu Reid Lord dari Britain manakala ahlinya ialah Sir Ivor Jennings juga dari Britain, Sir William Mckell dari Australia, B. Malik dari India dan Hakim Abdul Malik dari Pakistan.
-
Keahlian Suruhanjaya ini telah dipersetujui oleh Parti Perikatan dengan anggota Suruhanjaya telah dipilih oleh Penjajah British tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu bertujuan untuk menentukan dan bertanggungjawab merangka perlembagaan yang lebih telus.
-
Suruhanjaya ini telah meminta pandangan dan cadangan daripada raja-raja Melayu, parti politik, individu dan orang ramai. Maka, lahirlah Perlembagaan 1957 bagi sesebuah negara yang merdeka.
6. Pengisytiharan Perlembagaan
-
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan yang dianggotai Parti Perikatan, Raja raja Melayu dan Penjajah British meneliti cadangan Suruhanjaya Reid yang seterusnya menyediakan Kertas Putih.
-
Laporan ini telah mengumpulkan semua semakan serta penelitian terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid.
-
Kertas Putih yang mengandungi beberapa pindaan tersebut telah diserahkan kepada Ratu British dan Raja raja Melayu pada bulan Februari 1957.
-
Pada asasnya, Perlembagaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sekarang ini merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan dua dokumen sebelumnya, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
-
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dirasmikan pada 16 September 1963, iaitu pada hari Malaysia diisytiharkan. Sebelum Malaysia ditubuhkan, Perlembagaan yang diguna pakai dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
-
Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual yang menyentuh pelbagai perkara seperti kuasa pentadbiran, perundangan, kehakiman, agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera dan lain-lain.
-
Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sistem demokrasi berparlimen yang berpandukan model Westminster telah diguna pakai di negara ini.