Contents

MPU2183 Pembelajaran 10 - 14

Pembelajaran 10: Perlembagaan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban di Malaysia 2

Topik Minggu Ini

Tiga Tahap Tapak Integrasi:

  1. Makro (Atas Ke bawah): Peranan kerajaan – Perlembagaan Persekutuan, Rancangan Malaysia, Rukun Tetangga.
  2. Meso (Bawah Ke Atas) : Peranan NGO – agih/pantau pembangunan.
  3. Perlembagaan Persekutuan : Cabaran Tafsiran Semasa

Definisi dan Konsep Tapak Integrasi

Tapak integrasi juga dikenali sebagai satu rang yang abstrak dan nyata yang memberi ruang kepada pelbagai kelompok masyarakat yang berbeza agama, etnik dan politik untuk bertemu dan mencari kata sepakat secara aman tanpa pertumpahan darah. la wujud dalam pelbagai peringkat iaitu makro, meso dan mikro. Justeru, masyarakat perlu merujuk Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan kemajmukan etika dan peradaban dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang.

Perlembagaan Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha menentukan hala tuju pemerintahan negara ini sejak merdeka hingga kini. Walaupun Perlembagaan boleh diubah mengikut keperluan semasa, namun peranannya sebagai wahana dan tapak integrasi masyarakat di negara ini perlu dipertahankan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan mash mengekalkan peruntukan yang membawa persefahaman dan perpaduan seperti hak asasi, kewarganegaraan, peruntukan istimewa bumiputera dan kaum lain, agama Islam serta bahasa Melayu. Pengekalan ini merupakan langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi, adil dan berintegrasi.

Tiga Tahap Tapak Integrasi

Tahap integrasi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama, iaitu Makro, Meso dan Mikro.

1. Makro (Dari Atas ke Bawah)

Kategori in lebih bersifat dasar atau undang-undang yang dibuat oleh kerajaan bagi menyediakan tapak integrasi untuk rakyat menyelesaikan isu-isu yang wujud. Dasar ini akan dipantau dan diberi peruntukan oleh kerajaan. Sebagai contoh, Rukun Tetangga (1975) diperkenalkan untuk memberi tumpuan kepada konsep keselamatan dan kejiranan. la juga merupakan salah satu proses urbanisasi yang berlaku di antara pelbagai etnik. Selain itu, contoh lain tapak integrasi yang bersifat makro alah Perlembagaan Persekutuan, politik permuafakatan, sistem pendidikan kebangsaan dan sebagainya.

Negara Malaysia mempunyai garis panduan dan undang-undang tertentu bagi memberikan panduan kepada setiap warganegara dan bersitat atas-bawah (top-down). Hal in boleh dilihat dari aspek pendidikan, politik dan agama. Dari aspek politik contohnya federalisme, perlembagaan dan lain-lain. Dari aspek pendidikan pula ialah sekolah vernakular, kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya adalah dari aspek agama, laitu wujudnya kepelbagalan agama dan setiap agama diberikan kebebasan yang tertentu tertakluk pada perlembagaan.

2. Meso (Dari Bawah ke Atas)

Kategori ini lebih bersifat diusahakan oleh rakyat melalui persatuan, jawatankuasa masjid atau surau, institusi rumah ibadah bagi etnik bukan Islam dan NGO. Bagi badan di luar lingkungan kerajaan dan mempunyai ciri-ciri kesukarelaan seperti NGO, ia juga dikategorikan sebagai salah satu elemen tapak integrasi meso. la juga berdaftar dan mempunyai peraturan tertentu dalam sesuatu organisasi, dan tidak meletakkan keuntungan sebagai motif utama penubuhan (non-profit). Badan in juga bersifat pengurusan secara persendiran (self-governing) dan dibuat secara sukarela (voluntary). la juga tidak meletakkan parti politik tertentu kerana a tidak terlibat secara langsung dengan parti tertentu (non-political). Selain itu, badan-badan di bawah meso atau disebut NGO merupakan salah satu wahana suara rakyat dan juga sektor penyampaian perkhidmatan.

3. Mikro (Inisiatif Akar Umbi)

Kategori bersifat mikro ini adalah inisiatif yang diusahakan oleh rakyat atau individu seperti kedai mamak, undangan perkahwinan, kenduri dan lain-lain. Contohnya, kedai mamak dihadiri pelbagai kaum dan menjadi tempat pertukaran budaya, idea dan simbol perpaduan.

Antara contoh tapak integrasi yang berjaya ialah negeri Kelantan. Kelantan telah berjaya mempraktikkan tapak integrasi apabila berlakunya pertemuan komuniti dan budaya dalam suasana yang aman tanpa konflik. Sebagaimana yang diketahui umum, negeri Kelantan mempunyai ramai penduduk Melayu sebagai kaum majoriti, manakala etnik Cina, India, Siam, Sikh sebagai penduduk minoriti. Suasana hubungan antara kaum di negeri ini dilihat begitu kukuh walaupun kaum minoriti hidup dalam lingkungan kaum majoriti. 

Tidak dinafikan bahawa sejarah memainkan peranan penting dalam pembentukan petempatan kaum minoriti di negeri ini, namun peranan setiap kaum dalam usaha memupuk perpaduan di negeri ini sangat membanggakan.

Cabaran dan Tafsiran Semasa terhadap Perlembagaan Persekutuan

Usaha kerajaan menjadikan perlembagaan sebagai tapak integrasi serta wadah penghayatan etika dan peradaban bagi Malaysia, sememangnya tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran sama ada pada peringkat negara atau dunia. Dalam hal ini, semua warganegara Malaysia hendaklah bersedia dan mampu bersama kerajaan dalam usaha menangani apa jua cabaran bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terpelihara. Secara ringkasnya, cabaran semasa dari dalam dan luar negara yang sentiasa menggugat kedudukan perlembagaan di negara ini. Antara cabaran yang dihadapi adalah seperti yang berikut:

(a) Mengekalkan kelangsungan elemen tradisi dalam perlembagaan.

(b) Mengekalkan kelangsungan sistem pentadbiran negara.

(c) Mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

(d) Masalah perpaduan kaum.

(e) Hak asasi dan New World Order.

(f)  Mengekalkan keamanan negara dengan wujudnya kegiatan subversif dan jenayah terancang.

Kesimpulan

Tapak integrasi ialah sebuah rang abstrak dan rang nyata yang melibatkan pelbagai pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya) yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni. Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro, meso dan mikro. Hampir semua masyarakat dunia menjadikan perlembagaan, sama ada bertulis ataupun tidak bertulis sebagai wahana untuk mengurus serta menghayati kemajmukan etika dan peradaban. Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan ialah dokumen utama yang menjadi panduan serta sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Sifat Perlembagaan Persekutuan secara simboliknya ialah tapak integrasi kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, perlembagaan sering ditafsirkan oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing sehingga mendatangkan cabaran, bahkan perbezaan dan percanggahan. Walaupun sentiasa dilanda cabaran, rakyat Malaysia tetap teguh bersama-sama kerajaan demi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.

Pembelajaran 11: Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia

Topik Minggu Ini

  • Evolusi dan Pengglobalan Teknologi
  • Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi
  • Etika dan Peradaban dalam Penggunaan ICT
  • ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional
  • Isu Semasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Takrifan Harian dan Autoriti
  • Fungsi Etika dan Peradaban dalam Membentuk Tanggungjawab Sosial
  • Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial
  • Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara
  • Kesukarelaan

Pengenalan

Masyarakat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian etnik dan budaya menyaksikan perubahan ketara dengan kehadiran Information Communication Technology ICT. Dengan wujudnya aplikasi digital seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Telegram dan lain-lain lagi masyarakat di Malaysia secara amnya dapat membina jaringan sosial dan berhubung dengan lebih baik. Hal ini membantu menjimatkan masa dan wang di samping membuka ruang untuk berkongsi ruang peribadi di platform media sosial. Walaubagaimanapun, perkembangan ICT juga mewujudkan defisit sosial akibat tiada kawalan dari badan tertentu berkaitan etika penggunaan. Tiada had umur meskipun kawalan khusus terhadap penggunaan aplikasi masing-masing termasuk juga hantaran di media sosial. Ini tentu sahaja menjejaskan pemantapan kesepaduan nasional.

Persoalannya kini, bagaimanakah penghayatan etika dalam penggunaan ICT dapat mengukuhkan kesepaduan nasional?

Evolusi dan Pengglobalan Teknologi

Internet ialah rangkaian komputer di seluruh dunia yang membolehkan interaksi dilakukan di samping membenarkan perkongsian maklumat.

Teknologi maklumat pula merujuk kepada perkembangan teknologi memproses data menggunakan komputer. Maklumat itu kemudiannya boleh disimpan dan digunakan semula apabila diperlukan. Sebelum perkembangan ICT, maklumat tersebut hanya disimpan dalam rangkaian komputer yang terhad sahaja. Setelah adanya perkembangan teknologi komunikasi, data, maklumat dan suara dapat digerakkan melalui jaringan komunikasi satelit, fiber optik dan talian telefon. Ini hasil daripada kemajuan sistem komunikasi analog kepada digital.

Sejarah perkembangan rangkaian komputer telah bermula seawal tahun 1969 apabila Bolt, Beranek, dan Newman, Inc., (BBN) telah mereka rangkaian yang dikenali Advance Research Projects Agency Network (ARPANET). Rangkaian ini menghubungkan empat hos sahaja iaitu Universiti Utah, SRI International, Universiti California di Santa Barbara dan Universti California di Los Angeles untuk kegunaan Jabatan Pertahanan Amerika (Norazah, 2009). ARPANET kemudiannya terus berkembang dengan lebih 20 komputer. 

Di Malaysia, perkembangan teknologi maklumat berlaku seiring dengan perkembangan komunikasi di seluruh dunia. Hal ini membantu mengurustadbir semua bidang dengan lebih efektif iaitu pengangkutan, pembinaan, pertanian dan pemakanan, pentadbiran, teknologi komunikasi dan teknologi maklumat. Teknologi digital kini berkembang pesat dengan terciptanya kecerdasan buatan (_Artificial Intelligence (_AI) dan internet benda (_Internet of Things (_IoT). Hal ini menyokong keperluan pengguna dan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Evolusi Teknologi dan ICT di Malaysia

Kepentingan perkembangan teknologi sudah menjadi salah satu asas dalam membantu pertumbuhan negara. Hal ini sudah jelas dalam pemikiran kepimpinan negara misalnya semasa zaman pemerintahan Perdana MenteriTun Razak. Kandungan bahagian pertama Rukun Negara ada menggariskan kepentingan teknologi seperti mana yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada Hari Kemerdekaan yang ke-13.

“Membina sebuah masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden”.

Antara objektif masyarakat yang ingin dibentuk adalah seperti berikut;

  1. Mencapai perpaduan yang lebih erta dalam kalangan seluruh masyarakat
  2. Memelihara satu cara hidup demokratik
  3. Mencipta satu masyarakat yang adil iaitu kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
  4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
  5. Membina sebuah masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden

Di Malaysia, sejarah awal pengembangan jalur lebar telah dicetuskan oleh seorang pensyarah kejuruteraan, Dr. Mohamed Awang Lah. Beliau menghubungkan dunia luar menerusi Internet di makmal Universiti Malaya. Dengan nama Rangkaian Komputer Malaysia (RangKOM), beliau dan rakan kumpulannya berjaya merangkaikan Malaysia dengan Internet antarabangsa pada tahun 1989. 

Seterusnya, pada tahun 1996 menyaksikan bilangan hos Internet di Malaysia telah meningkat. Pada tahun yang sama, (Cari Internet) iaitu syarikat carian dan portal web pertama ditubuhkan. Kepentingan ICT sudah disedari oleh para pemimpin dalam menghadapi era globalisasi. Dalam kepimpinan kerajaan seterusnya, Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) kemudiannya dijadikan platform bagi mencapai Wawasan 2020. Objektif utama MSC ialah Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki persekitaran teknolgi terkemuka dunia dengan tujuan membantu kemajuan negara. Hal ini dapat dicapai dengan memperkasakan seluruh masyarakat dengan ilmu pengetahuan. Seterusnya, dapat menarik pelaburan untuk datang ke Malaysia. Cyberjaya menjadi lokasi strategik bagi beberapa buah syarikat multimedia terbesar dan paling inovatif di dunia.

Sealiran dengan perkembangan Internet di Malaysia yang semakin pesat, Akta Komunikasi dan Multimedia diwartakan bagi membentuk keseragaman multimedia dan industri komunikasi. Akta ini diperkenalkan pada tahun 1998 dan menggariskan beberapa prinsip asas (SKMM, 1998).

  1. Kejelasan dan ketelusan
  2. Lebih banyak persaingan dan kurang peraturan
  3. Berat sebelah terhadap peraturan generik
  4. Fleksibiliti
  5. Kesabaran peraturan
  6. Penekanan pada proses dan bukannya kandungan
  7. Ketelusan pentadbiran dan sektor
  8. Peraturan kendiri industri

Perkembangan ini dihebatkan lagi dengan Inisiatif Jalur Lebar Nasional yang melancarkan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSSB). Projek nasional usahasama Kerajaan Malaysia dengan Telekom Malaysia (TM) ini bernilai RM11.3 billion untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk generasi akan datang. Objektif utamanya adalah bertujuan meningkatkan daya saing negara. Inisiatif ini antara lainnya membuka pusat komuniti jalur lebar yang member akses kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi dengan kos RM60 juta. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat yang celik IT secara umumnya, bahkan mendorong kepada perkembangan ekonomi.

Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi

Pada masa dahulu, manusia berhubung secara bersemuka dalam semua hal berkaitan ekonomi, sosial dan sebagainya. Ini mengehadkan perhubungan, pemprosesan maklumat pula secara manual dan tentunya harus dilakukan mengikut had masa yang ditetapkan. Namun dunia hari ini menyaksikan perkembangan yang lebih pesat di mana manusia boleh berinteraksi melakukan banyak perkara dengan lebih mudah. Dengan menggunakan alatan yang sesuai seperti komputer, telefon bimbit dan peranti lain maklumat dapat dicari, diproses dan disimpan. Teknologi juga menghubungkan manusia di alam maya dengan terciptanya media sosial.

Media sosial sudah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat kini. Ini kerana platform media sosial membolehkan ruang privasi di kongsi kepada umum secara terus-menerus di mana sahaja mereka berada. Perkongsian seperti aktiviti harian, perkongsian maklumat atau sekadar menyatakan pandangan peribadi membolehkan masyarakat bersosial di alam maya dengan ahli keluarga dan kenalan.

Perkembangan positif ini walaupun bersifat nilai tambah namun datang dengan kesan negatifnya. Media sosial bagaimanapun terdedah kepada penyalahgunaan akibat penggunaan tanpa sempadan, boleh diakses secara berterusan bahkan menjadi isu utama kepada sistem nilai pada masa kini. Penggunaan teknologi ini bergantung kepada tujuan penggunaannya, sekiranya digunakan untuk tujuan yang baik maka baiklah kesannya. Begitu juga halnya jika platform ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Kesan penggunaan media sosial secara berlebihan menyebabkan ketagihan, asyik melayan gajet masing-masing yang mendorong kepada antisosial.

Media Sosial dan Pemerkasaan

Perkembangan media sosial dan teknologi digital lain hari ini menyaksikan perubahan besar dalam kehidupan seharian. Segenap golongan masyarakat seolah-olah ditarik oleh magnet ini untuk menggunakannya. Bahkan jika tiada, orang tersebut dianggap ketinggalan. 

Tidak cukup dengan itu, perkembangan teknologi terus berkembang dengan rekaan Kevin Ashton pada 1999. Hasil rekaannya membenarkan objek pintar dihubungkan dengan Internet menggunakan pengesan/sensor dengan konsep Internet of Things (IoT). Ini mendorong kepada Revolusi Industri 4.0 yang mana dengan perlahan tugas manusia mula diambilalih oleh robot/mesin. Lihat sahaja panggilan telefon ke syarikat penyedia perkhidmatan mula dijawab secara automatik, adanya konsep notifikasi pembayaran malah peringatan seperti auto-reminder, reminder automated call dan mesej.

Faktor positif yang disumbang ICT ialah memudahkan komunikasi, membantu pengurusan pentadbiran satu-satu kerja dan memudahkan urusan seharian. ICT membenarkan komunikasi berlangsung di mana sahaja walaupun berbeza garis masa. Begitu juga memudahkan urusan membeli-belah, membuat pembayaran bil mahupun membuat pesanan makanan. Pengenalan kepada bermacam aplikasi (apps) membantu mentadbir urusan pengguna dengan lebih berkesan. Kecanggihan ICT juga dimanipulasi oleh usahawan untuk menjana pendapatan. Dari sudut pendidikan, ICT menyediakan platform untuk belajar dalam talian, memudahkan pengajaran dan pembelajaran, perkongsian maklumat mahupun dalam menyiapkan tugasan. Hal ini tentu sekali tidak berlaku sebelum zaman ICT. 

Walaupun terdapat banyak kesan baik penggunaan ICT, masyarakat juga terdedah kepada penyalahgunaan platform media sosial dan berpotensi menjadi mangsa. Misalnya penyebaran maklumat palsu (fake news), hantaran (posting) menggalakkan kebencian (hate speech), jenayah buli siber, penipuan (scammer), deep fake dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, konsep teknologi baik dan tidak baik mula diperkenalkan. Konsep teknologi baik dengan menggunakan prefix ’e’ misalnya e-government, e-hailing dan sebagainya. Yang tidak baik disusun bermula dengan prefix cyber misalnya cyber-bullying, cyber-crime, cyber-sex dan sebagainya. 

Perkembangan mutakhir ini tentu saja memberi cabaran yang besar kepada masyarakat dalam mengimbangi teknologi dan etika penggunaannya. Ini kerana masyarakat tidak dapat menolak kecanggihan teknologi tetapi harus hidup berdamai dengannya. ICT sudah menjadi sebahagian dari hidup manusia. Umumnya masyarakat Malaysia sedar bahawa wujudnya peruntukan undang-undang berkaitan etika kepenggunaan teknologi. Kempen kesedaran juga penting dihebahkan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Dengan itu, masyarakat didorong untuk melatih diri menggunakan teknologi secara berhemah. Dalam keadaan lain mengelakkan diri dari menjadi mangsa kecanggihan teknologi.

Etika dan peradaban dalam penggunaan ICT

Terdapat sembilan elemen yang menjadikan warga dunia hari ini menjadi warga digital.

/posts/mpu2183_10-14/2.jpg

Sembilan elemen di atas menjadi pemangkin kepada warga digital yang bijak dan faham etika kepenggunaan. Pengguna media sosial pada masa kini haruslah memeriksa isi kandungan yang ingin dikongsikan. Ini kerana dua faktor utama yang membelenggu pengguna ialah masalah etika dan integriti. Maklumat yang dikongsikan haruslah disemak kesahihannya dahulu. Jika tidak, dibimbangi maklumat tersebut adalah palsu dan mengakibatkan kerosakan integriti atau membahayakan pihak yang lain. Hal ini sering terjadi akibat kegopohan dalam berkongsi maklumat di platform media sosial sehingga tular. 

Terdapat banyak kes yang tular dalam masyarakat hari ini dan menjejaskan bukan sahaja diri pelaku atau mangsa. Bahkan kesan buruk juga terpalit kepada pasangan, ahli keluarga, syarikat, rakan sekerja mahupun pihak berkuasa. Kebanyakan kes ini menjadi tular akibat tindakan pelaku yang pada awalnya tidak beretika dalam perkongsian. Walaupun teknologi hari membenarkan hantaran dipadamkan, membolehkan pengguna tidak dikenali namun maklumat awal boleh disimpan dan digunakan semula oleh pengguna lain. Hal ini akan menyulitkan lagi satu-satu kes.

Oleh yang demikian, adalah penting kepada masyarakat untuk menghayati etika dalam kehidupan seharian demi keharmonian kepelbagaian budaya. Kini sudah banyak peraturan berkaitan kepenggunaan tersedia di Internet, media sosial dan komputer. Secara kesimpulannya, masyarakat perlu sedar dan mengambil kira empat peraturan dalam berinteraksi melalui ICT secara formal mahupun tidak formal.

  1. Komunikasi sesama manusia
  2. Mengikut piawai kelakuan online seperti dalam kehidupan sebenar
  3. Ketahui di mana anda berada dalam dunia siber. Hormati ruang maya komunikasi misalnya gaya bahasa berbeza dengan rakan sekerja berbanding keluarga
  4. Hormati masa dan privasi orang lain

ICT tapak pengukuhan kesepaduan nasional

Aspek kesepaduan nasional sentiasa menjadi nadi dalam mana-mana dasar yang diperkenalkan kerajaan. Begitu halnya dengan perkembangan ICT yang pesat ini seharusnya menjadi tapak kesepaduan sosial. Ilmu ICT wajar dipelajari dan dikuasai oleh semua lapisan masyarakat. Dalam masa yang sama mendidik diri, keluarga dan komuniti tentang cara penggunaan dan mengurus ICT bagi mengukuhkan kesepaduan sosial.

Budaya dan akhlak perlu seiring walaupun penggunaan secara alam maya. Budaya menyantuni orang lain, bertutur dengan tertib, berkongsi maklumat mahupun pembawaan diri ketika berhujah adalah wajar diteruskan dengan baik. Begitu halnya dengan adab yang sudah sedia ada dalam diri seseorang.

Oleh yang demikian, perkara di bawah wajar diperhalusi dan dijadikan garis panduan dalam menyuburkan kesepaduan sosial ala moden.

Bilangan Perkara Huraian
1 Pertuturan Perlu menggunakan bahasa yang formal, jelas dan teratur walaupun dengan rakan rapat kerana ini dapat menambahkan kemesraan.
2 Perkongsian Perkongsian dilakukan dengan mengambilkira implikasi dari sudut undang-undang. Setiap tindakan di media sosial boleh dipertanggungjawabkan seperti di dunia nyata.
3 Pendekatan nasihat Dalam memberi nasihat, harus mempertimbangkan kaedah yang sesuai dan berhikmah agar penyampaian dapat diterima dengan positif oleh penerima.
4 Adat berdebat Perdebatan harus berasaskan fakta dan penyelesaian masalah yang jelas. Perbincangan yang sihat mendorong kata sepakat dan dijalankan dalam suasana harmoni.
5 Penampilan diri Menjaga kekemasan diri demi memenuhi tuntutan agama, moral dan nilai sejagat.
6 Tatacara meletakkan gambar Meletakkan gambar yang bersifat komersil kerana gambar tersebut boleh dimuat turun dan naik oleh pengguna.
7 Kaedah berbudi Memahami tujuan dan maksud berbudi agar penerima akan menghargai respon yang diberikan. Perkongsian yang baik mengharmonikan kehidupan bermasyarakat.
8 Hormat menghormati Etika hormat orang yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda wajar diteruskan di alam maya. Ini akan menjadi teladan kepada pengguna media sosial yang lain.
9 Menyantuni etnik berbeza Dalam kepelbagaian etnik di Malaysia, ada keperluan dalam menyantuni etnik berbeza dengan baik demi menjaga hubungan yang baik. Elakkan perselisihan faham dan konfrontasi yang merugikan.
10 Mengurus privasi diri Manusia secara lumrahnya mahu dihormati dan dihargai. Oleh yang demikian, urus perihal peribadi di laman sosial seperti di alam nyata dengan sewajarnya.

Secara kesimpulannya, kemajuan ICT perlu dikendalikan dengan bijak bukan sahaja demi memenuhi tuntutan diri untuk mengekspresi diri. Malahan, kemajuan ICT ini wajar digunakan secara berhemah untuk memupuk kesepaduan sosial masyarakat Malaysia.

Isu semasa ICT

Perkembangan teknologi pada hari ini semakin canggih bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa dahagakan perkara baharu.Hal ini menyebabkan pengguna semakin berminat menggunakan platform media sosial apabila ciri-ciri terus interaktif diperkasakan seperti video, foto, audio dan permainan. Ini secara tidak langsung mengubah cara hidup, keperibadian dan identiti seseorang. Kajian yang dijalankan oleh SKMM pada tahun 2019 mendapati peratusan pengguna internet semakin meningkat saban tahun.

Peningkatan ini turut menyumbang kepada isu berkaitan pengabaian pengurusan ICT. 

  1. Keruntuhan akhlak
  2. Penipuan dan korupsi
  3. Pencerobohan hak privasi
  4. Peperangan bentuk baharu
  5. Penyebaran berita palsu

Keruntuhan akhlak

Aspek keruntuhan moral paling signifikan apabila melanda semua lapisan masyarakat. Pelbagai isu yang timbul seperti buli siber, ketagihan permainan video, vandalisme dan pornografi. Perkara lain yang menyumbang ialah pembaziran masa dengan gajet, hate crime, hate speech, technostress dan technophobia. Technostress bermaksud keadaan seseorang yang tidak selesa dengan perkembangan teknologi yang boleh juga disebabkan kegagalan mengadaptasi. Technophobia pula ketakutan tidak formal terhadap perubahan teknologi, sains dan perubahan secara umum (Panji, 2020). Kedua-dua keadaan ini memberikan kesan sampingan terhadap emosi dan fizikal seseorang.

Penipuan dan korupsi

Selain keruntuhan akhlak, aspek penipuan melibatkan jenayah kewangan seperti scammer, pencurian maklumat, menggodam dan memanipulasi data juga berlaku. Dalam aspek perniagaan, isu monopoli perniagaan turut berlaku apabila peniaga yang konservatif terjejas dengan perkembangan aplikasi membeli-belah secara moden seperti Shopee, Lazada, Food Panda dan sebagainya.

Pencerobohan hak privasi

Dalam keghairahan menggunakan aplikasi dan media sosial, masyarakat secara sedar atau tidak terdedah kepada pencerobohan hak privasi. Ini kerana tanpa tetapan privasi di peranti masing-masing, maklumat di media sosial kadangkala mendedahkan pengguna kepada pelbagai perlakuan jenayah.

Peperangan bentuk baharu

Kemajuan ICT membenarkan logistik ketenteraan dikawal dengan alat kawalan jauh oleh negara-negara maju di dunia. Bahkan teknologi terkehadapan yang dicipta oleh mereka berpotensi membentuk peperangan alaf baharu.

Penyebaran maklumat palsu

Berita palsu dan maklumat tidak tepat berupaya tersebar dengan luas bukan sahaja melaui media sosial, tetapi juga melalui aplikasi WhatsApp yang rata-rata dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maklumat tertentu boleh dihantar kepada kumpulan individu tertentu dengan pantas.

 

AMALAN TABAYYUN DEMI KESEPADUAN SOSIAL

Konsep tabayyun menurut ulama abad ke-14M iaitu Ibn Kathir bermaksud proses pemantauan berita atau peristiwa sebelum disebarkan. Ia adalah konsep Islam yang menggariskan kredibiliti pembawa maklumat dan berhati-hati dalam membuat kesimpulan. Amalan tabayyun relevan diamalkan pada zaman moden kerana terdapat banyak maklumat di media sosial yang mana kredibilitinya boleh dipertikaikan. Sering menjadi tanda tanya apakah asas fakta, sumber dan sejauh mana kesahihan maklumat yang disampaikan.

Kajian yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2019 menganggarkan lebih 26 juta pengguna sosial. Perkembangan ini tentu sahaja menimbulkan kegusaran awam apabila banyak penularan mesej yang mencetuskan sensitiviti kaum, agama, bangsa dan bahasa. Ada juga propaganda pihak tertentu yang disebarkan bertujuan menjejaskan perpaduan kaum. Hal ini jika tidak dibendung bukan sahaja menjejaskan kesepaduan sosial malah mencalar kredibiliti orang atau badan tertentu.

Golongan muda yang diselidik bersetuju, “Konsep tabayyun harus difahami dan disebarkan kepada mayarakat dalam menghadapi isu-isu baharu dalam masyarakat.” Golongan ini juga perlu berhati-hati dalam mencari maklumat di media sosial. Selain itu, tabayyun di media sosial mencatat hubungan yang paling rendah dengan tingkah laku remaja (Ali Salman, 2019).

Secara kesimpulannya, amalan ber_tabayyun_ dalam memperoleh, menyampai dan menerima maklumat adalah penting. Amalan menyelidik kesahihan maklumat yang diterima mampu mengelakkan kerosakan yang lebih besar di kemudian hari.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, perkembangan ICT ada kesannya terhadap pembinaan kesepaduan nasional. Antara kesan positif ialah dari aspek penyampaian dan penyebaran maklumat yang lebih cepat dan merapatkan jurang komunikasi.

Walaubagaimanapun, masyarakat harus dididik bagaimana untuk mengendalikan ICT dengan berhemah. Ini kerana, banyak kes berkaitan penyebaran maklumat yang tidak tepat, berita palsu (fake news), sesuatu yang jelek terutamanya di platform media sosial. Tidak dinafikan juga ada perkongsian yang menimbulkan keresahan awam berkaitan etnik dan agama. Hal ini dengan mudahnya menjadi tular.

ICT mampu memberikan manfaat yang baik jika dikuasai dengan bijaksana, memenuhi etika penggunaan, tiada penyalahgunaan demi kepentingan sendiri dan akhir sekali mengikuti lunas-lunas kehidupan beragama masyarakat Malaysia.

Etika, moral dan akhlak ialah elemen dalam suatu perhubugan antara manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar. Sikap beretika, bermoral dan berakhlak ini berkaitan dan mencerminkan emosi dalaman seseorang. Etika dan akhlak merupakan tali pengikat antara sesama manusia kerana manusia yang beretika, bermoral dan berakhlak akan membentuk masyarakat yang harmoni, negara yang selamat dan dunia yang damai. Akan tetapi ia bukan suatu perkara yang mudah kerana manusia memiliki pelbagai sifat dan keinginan yang sukar untuk diramal dan dikawal. Oleh sebab itu, perlu dilakukan kajian yang mendalam secara holistik bagi mendapatkan pandangan untuk membina suatu aturan dan norma-norma am dan khas bagi menguruskan perilaku manusia.

/posts/mpu2183_10-14/3.JPG

Pembelajaran 12: Peranan Etika dan Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial di Malaysia

Topik Minggu Ini

  • Takrifan Harian dan Autoriti
  • Fungsi Etika dan Peradaban dalam Membentuk Tanggungjawab Sosial
  • Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial
  • Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara
  • Kesukarelaan

Takrifan Harian Dan Autoriti

Konsep realiti sosial dapat dijelaskan seperti dalam gambar di bawah:

/posts/mpu2183_10-14/4.JPG

Konsep realiti sosial menggambarkan pengalaman hidup yang dilalui dan diterima oleh pelbagai kumpulan dan strata berdasarkan kepentingan peribadi dan norma hidup sejagat. Sebagai contoh, dahulu ketika kita mula belajar mengeja dan membaca, kita belajar daripada ibu bapa di rumah. Apabila masuk ke sekolah, ia juga merupakan proses pembelajaran formal. Pengalaman yang dilalui itu boleh dinikmati oleh semua tanpa mengira kumpulan etnik dan strata, iaitu sama ada seseorang itu kaya, miskin, bangsawan atau rakyat jelata. Ia juga bertujuan memperoleh ilmu pengetahuan dan dapat menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat masyarakat seluruhnya.

 

/posts/mpu2183_10-14/5.JPG

Takrifan autoriti yang tertinggi yang ada di Malaysia kini ialah Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan undang-undang paling tinggi di Malaysia. Undang-undang paling tinggi bermakna Perlembagaan Persekutuan merupakan kekuasaan tertinggi di Malaysia, dan sebagai kekuasaan tertinggi tidak ada kekuasaan atau undang-undang lain di atasnya. Sekiranya terdapat undang-undang di bawahnya yang dihasilkan dan bertentangan dengan perlembagaan maka secara automatik undang-undang baharu tersebut akan terbatal.

Selain itu, takrifan autoriti berhubungan juga dengan Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja Malaysia dan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, baginda tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen. Baginda boleh membubar atau menggantung parlimen tetapi hanya boleh membubarkan parlimen atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam takrifan autoriti, selain Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memainkan peranan penting dalam pemerintahan di Malaysia. Perdana Menteri bertanggungjawab mengetuai beberapa badan seperti eksekutif dan Jemaah Menteri. Manakala Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua negara akan melantik Perdana Menteri.

Bagi takrifan harian, salah satu contoh yang nyata adalah dalam dunia sukan seperti bola sepak, badminton, hoki dan sebagainya. Penyokong dalam pertandingan sukan akan bersatu dan bergabung tanpa memandang dan mengira kaum, agama, umur dan budaya. Selain bidang sukan, bersatunya rakyat Malaysia secara semula jadi dapat dilihat dalam perang siber semasa negara menerima ancaman daripada negara lain. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama akan bersama-sama untuk mempertahankan negara.

Peranan Etika Dan Peradaban Dalam Membentuk Tanggungjawab Sosial

Menghayati Etika dalam Tanggungjawab Sosial

Dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama di Malaysia, maka istilah-istilah etika, moral, akhlak dan sebagainya digunapakai untuk memaparkan tanggungjawab seseorang anggota masyarakat lahir dari teras nilai dalam peradaban mereka.

Sering kali tanggungjawab sosial berteraskan nilai adalah bersumberkan agama, budaya atau falsafah kehidupan yang menjadi pegangan mereka.

Sikap beretika yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia menjadi cerminan jati diri mereka sebagai warganegara Malaysia. Jati diri ini tercermin dalam perilaku dan tanggungjawab yang ditunjukkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, mereka perlu menyemai sikap bertanggungjawab semasa membawa kenderaan di jalan raya. Selain itu, masyarakat perlu mengambil berat dan membantu mereka yang mengalami masalah kesusahan, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan amalan etika yang betul dalam kehidupan seharian dan sebagainya yang berkait rapat dengan etika yang betul dan bersesuaian dengan tempat.

/posts/mpu2183_10-14/6.JPG

Terdapat 12 nilai teras yang perlu dibangunkan untuk mewujudkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Nilai-nilai teras ialah falsafah peribadi yang dipegang kuat oleh individu dan kumpulan bagi memberi bimbingan, mempengaruhi fikiran, menetapkan matlamat dan keutamaan hidup, membuat keputusan, membina hubungan dan mengurus konflik dalam kehidupan manusia. Kesemua nilai teras ini ialah nilai universal yang telah lama wujud dan terus dikembangkan dalam setiap budaya masyarakat di seluruh dunia. 

Kesemua 12 nilai teras itu mampu membentuk tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

  1. Enam teras nilai tunjang yang berkaitan dengan pengembangan dan pembangunan watak individu, iaitu : Kesahihan, Integriti, Kesedaran, Keberanian, Ketabahan dan Iman.

  2. Enam nilai tindakan teras kedua yang berkaitan menjadi pemangkin tindakan individu, iaitu: Tujuan, Penglihatan, Fokus, Semangat, Perkhidmatan dan Kepimpinan.

/posts/mpu2183_10-14/7.JPG

Intipati kepada kesemua teras itu berpaksikan firman Allah SWT dalam surah al-Qasas 28:26 berkaitan orang yang paling baik untuk diberikan kerja, dengan memiliki sifat ‘qawiyy’ dan amin. “Qawiyy’ merujuk kepada profesional, kuat, kompetensi, sunnatullah, kelakuan, ihsan, itqan dan fikir yang merupakan nilai kepada khalifah tuhan.

/posts/mpu2183_10-14/8.JPG
/posts/mpu2183_10-14/9.JPG
/posts/mpu2183_10-14/10.JPG
/posts/mpu2183_10-14/11.JPG

Kesedaran Nasional Dalam Tanggungjawab Sosial

Kesedaran nasional merujuk kesedaran yang wujud dalam kalangan dan kumpulan dalam suatu negara atau dengan kata lain kesedaran yang wujud dalam kalangan rakyat suatu negara. Contohnya ketika berlaku krisis mata wang yang menjejaskan hampir seluruh negara di dunia pada tahun 1998, negara Korea Selatan merupakan salah satu negara yang terjejas teruk. Pada masa itu rakyat Korea Selatan bersatu padu dengan memberikan sebahagian harta kekayaan yang dimiliki seperti emas, wang bagi membantu kerajaan keluar dari krisis ekonomi yang terjadi masa itu. Ini merupakan salah satu contoh kesedaran rakyat bahawa permasalahan yang negara sedang hadapi adalah tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan tidak hanya bergantung pada kerajaan sahaja.

Di Malaysia, rakyat Malaysia juga memiliki tahap kesedaran yang cukup tinggi terutama ketika berlaku bencana seperti banjir, pandemik penyakit, mereka bersatu padu menyumbangkan tenaga dan harta untuk meringankan bebanan mangsa dan juga untuk membantu kerajaan menanggung kos pengurusan bencana. Kesedaran untuk membantu sesama masyarakat yang sedang menghadapi kesusahan tidak dapat terjadi begitu sahaja. Ia merupakan sebuah proses yang agak panjang perlu dilalui rakyat Malaysia. Proses ini bermula di rumah dan diperkukuh di sekolah serta universiti dan dimatangkan dalam persekitaran hidupnya semasa dewasa. Justeru, proses untuk mewujudkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia perlu diajarkan sejak kanak-kanak. Ia juga boleh dijalankan melalui aktiviti sederhana seperti memberi derma untuk membantu masyarakat yang dilanda bencana, terlibat dengan aktiviti persatuan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.

Untuk menubuhkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini, kurikulum pengajaran yang berkaitan dengan isu ini patut ditambah baik dan diperkenalkan sejak tadika dan diteruskan sehingga peringkat pengajian tinggi. Hal ini bagi membolehkan proses pendidikan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia dapat mencapai objektifnya.

Tanggungjawab Sosial Dalam Dan Luar Negara

Tanggungjawab sosial ialah kewajiban atau tanggubgjawab pihak individu atau pengurusan untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan yang dapat memberikan manfaat, kesejahteraan,dan kebajikan kepada masyarakat dan organisasi. 

Tanggungjawab sosial ini dapat dilakukan oleh individu atau organisasi yang berada di dalam negeri dan juga di negara luar. Contohnya CSR yang dijalankan oleh syarikat-syarikat antarabangsa seperti Microsoft, Danone, Nestle dan sebagainya. Salah satu contoh tanggungjawab sosial yang sangat terkenal pada masa ini ialah Grameen Bank yang didirikan oleh Muhammad Yunus. Grameen Bank ialah sebuah bentuk keusahawanan sosial yang bertujuan membantu masyarakat miskin, khasnya kaum wanita di Bangladesh. Di Malaysia, Amanah Ikhtiar Malaysia juga banyak membantu golongan miskin, khasnya kaum wanita di Malaysia.

Tanggungjawab sosial ini banyak dijalankan di seluruh dunia kini yang bertujuan untuk membantu mengurangi permasalahan sosial, ekonomi, persekitaran, kaum dan sebagainya. Banyak aktiviti berbentuk tanggungjawab sosial dijalankan oleh individu mahupun kumpulan terutamanya yang berhubungan dengan alam sekitar, hak asasi manusia, kemiskinan, pendidikan dan sebagainya.

Kesukarelawanan

Individu yang sanggup berkorban dan melakukan kerja-kerja kesukarelaan ini dikenali sebagai “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan. Namun begitu, dalam konteks penggunaan dan pengamalan harian, istilah sukarelawan ini yang digunakan untuk mewakili lelaki dan perempuan juga. Contoh NGO yang menjalankan aktiviti kesukarelawanan di dalam dan luar negara ialah Mercy Malaysia, HALUAN, Muslim Care, EZ Qurban dan Yayasan Sejahtera.

Sikap sukarelawan mendorong seseorang untuk dapat terus hidup bermasyarakat dan berkongsi ukhuwah serta kasih sayang. Pada hakikatnya para sukarelawan ialah insan-insan berbudi yang dengan ikhlas membantu sesamanya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sekiranya individu atau kumpulan yang dibantunya berjaya keluar daripada permasalahan mereka, ia merupakan suatu kepuasan dan kebahagiaan tersendiri bagi para sukarelawan. Sering kali kita tidak mengenali para sukarelawan ini kerana sebahagiannya tidak ingin dikenali dan tidak ingin mencari publisiti. Bahkan mereka telah menabur jasa dan meninggalkan kesan abadi pada jiwa-jiwa manusia lain yang dibantunya. Walaupun sedemikian, terdapat segolongan individu yang mengaku sukarelawan tetapi meletakkan namanya untuk dikenali oleh masyarakat dan mereka yang menerima bantuan daripadanya. Setiap manusia seharusnya sentiasa menampilkan sifat sukarelawan yang tulus tanpa mengharapkan balasan atau untuk suatu tujuan tertentu, serta sentiasa bersedia berkongsi khidmat dan keringat untuk membantu orang lain.

Kesimpulan

Etika, moral dan akhlak ialah elemen dalam suatu perhubugan antara manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar. Sikap beretika, bermoral dan berakhlak ini berkaitan dan mencerminkan emosi dalaman seseorang. Etika dan akhlak merupakan tali pengikat antara sesama manusia kerana manusia yang beretika, bermoral dan berakhlak akan membentuk masyarakat yang harmoni, negara yang selamat dan dunia yang damai. Akan tetapi ia bukan suatu perkara yang mudah kerana manusia memiliki pelbagai sifat dan keinginan yang sukar untuk diramal dan dikawal. Oleh sebab itu, perlu dilakukan kajian yang mendalam secara holistik bagi mendapatkan pandangan untuk membina suatu aturan dan norma-norma am dan khas bagi menguruskan perilaku manusia.

/posts/mpu2183_10-14/12.JPG

Pembelajaran 13: Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia

Topik Minggu Ini

  • Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia
  • Kedinamikan Etika dan Peradaban Malaysia
  • DEB Pemangkin Kemiskinan Bersama Tetapi Gagal Membawa Kemakmuran Bersama
  • Hakisan Sosial ke atas Kelestarian Etika dan Peradaban
  • Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia ke arah Pembangunan Serta Kemakmuran Negara Bangsa

Pengenalan

Era Revolusi Industri Ke-4 (IRA,O) menyaksikan perubahan drastik dalam kehidupan masyarakat lokal dan global. Cabaran IR4.0 telah memberikan impak yang besar dalam aspek ekonomi, politik dan sosial masyarakat. Namun, jika diteliti secara mendalam dalam konteks realiti sosial masyarakat sejagat, ia terbahagi kepada dua perspektif utama. Pertama, realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang secara praktisnya berciri dari atas ke bawah (top-down) atau disebut juga sebagai takrifan autoriti. Kedua, realiti sosial yang lebih terbuka iaitu ditentukan oleh setiap individu, keluarga dan komuniti demi keperluan seharian masing-masing atau distilahkan juga sebagai takrifan harian.

Dalam kedua-dua konteks realiti sosial ini, etika dan peradaban mempunyai pengaruh yang besar. Sebagai contoh, adat istiadat yang diamalkan dalam masyarakat adalah termasuk dalam kategori takrifan autoriti kerana wujud peraturan bertulis menentukan susunan adat istiadat yang perlu dilaksanakan. Sebaliknya, adat resam masyarakat ditentukan oleh perilaku kebiasaan seharian berasaskan takrifan harian tanpa apa-apa peraturan bertulis. Dalam konteks yang formal seperti adat istiadat, wujud protokol yang telah ditentukan untuk dipatuhi. Apabila ianya melibatkan peringkat yang lebih tinggi dan formal seperti peringkat negara dan antarabangsa, prosedur dan protokolnya semakin ketat dan terperinci, termasuk keperluan berpakaian rasmi. Ini memerlukan tanggungjawab sosial dan kesedaran nasional yang lebih tinggi dan formal. Dalam konteks tidak formal, walaupun tiada peraturan tetapi wujud tanggungjawab sosial dalam bentuk adab dan nilai hormat-menghormati yang menjadi panduan perilaku individu. Perihal amalan dapat dilihat secara jelas dalam aktiviti sosial masyarakat seumpama majlis kenduri kahwin, kenduri kematian, upacara meminang dan acara sambutan dalam tradisi masyarakat.

Etika dan peradaban adalah perilaku tanggungjawab sosial yang lahir daripada kesedaran sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, masyarakat, dan negara yang bertujuan mencapai keharmonian, kesepaduan dan kesaksamaan dalam masyarakat.

Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia

Etika dan peradaban sepanjang sejarah tamadun manusia adalah berciri dinamik, sentiasa mengukuh, berubah-ubah dan tidak kekal. Tekad dan usaha memahami dan menghayati bentuk-bentuk etika serta peradaban ini termasuk inisiatif mengemukakan penjelasan berdasarkan kerangka yang tepat secara kritis, analitikal, saintifik dan merupakan tugas penting komuniti terpelajar.

Etika dan peradaban Malaysia telah berkembang dari tapak peradaban alam Melayu dengan kewatanan Melayu dan bumiputera sebagai terasnya. Tapak peradaban peribumi ini telah bergaul dengan ketamadunan majmuk melalui gelanggang Selat Melaka sebagai pertemuan sedunia dari China, India, Timur Tengah dan Barat dalam membina negara bangsa dan ketamadunan acuan Malaysia pada hari ini.

Bertitik tolak daripada kerangka peradaban majmuk, Malaysia membina etika dan peradaban beracuan sendiri dengan menyulam kepelbagaian etika dan peradaban dalam melahirkan sebuah negara dan ketamadunan yang damai, stabil, maju dan sejahtera.

Oleh kerana usaha membina ketamadunan bukan suatu perkara mudah dan dijamin berkekalan, maka masyarakat kontemporari perlu mengambil iktibar daripada sejarah lampau. Sejarah pasti berulang bagi mereka yang tidak mengkaji, mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai panduan hidup bagi merancang masa hadapan. Pengalaman peradaban dalam konteks global dari zaman purba hingga sejarah kontemporari menunjukkan kedinamikan berlaku dan tiada satu pun peradaban kekal dan berterusan. Ini termasuklah peradaban Mesopotamia, Mesir, Indus, China, Incas, Maya hingga Inggeris dan Amerika Syarikat pada hari ini. 

Etika dan peradaban di alam Melayu dan timur dari China, India dan Timur Tengah adalah berteraskan nilai. Nilai-nilai utama yang menjadi adab dalam kehidupan bermasyarakat termasuklah nilai tanggungjawab, keprihatinan, amanah, bertolak ansur, kedamaian, keadilan, kebaikan, disiplin, kerajinan, muafakat dan kemajuan. Setiap peradaban membangunkan ciri adab, adat, adat resam dan adat istiadat berdasarkan nilai-nilai ini sesuai dengan persekitaran geografi, ekonomi, sosiobudaya dan politik setempat.

Impak signifikan kedatangan penjajah Barat melalui proses kolonisasi membawa dimensi baharu etika dan peradaban yang bersifat kontradiksi dengan pemikiran serta amalan masyarakat setempat. Perihal ini terangkum dalam konsep agama dipisah dari politik, pemikiran logik rasional dan keutamaan mendapat habuan serta keuntungan menjadi matlamat individu. Kekuatan setiap peradaban ini telah disulam secara unik ke dalam peradaban Malaysia dengan etika dan peradaban Melayu sebagai terasnya.

Kedinamikan Etika dan Peradaban Malaysia

Setiap peradaban memiliki ciri-ciri terbuka kepada kemajmukan dan penerimaan pengaruh luar. Namun begitu, gelanggang pertemuan dan pergaulan sepanjang Selat Melaka, dari pelabuhan Palembang, Melaka hingga Kedah dan Acheh menunjukkan hubungan ini menguntungkan, produk tempatan ditukar dengan produk-produk dari China, India dan Barat.

Wujud sekelompok individu dari kumpulan etnik pelbagai peradaban majmuk ini yang memilih untuk kekal menetap di Tanah Melayu dan selepas pengisytiharan kemerdekaan, golongan ini menjadi sebahagian rakyat merdeka di bawah Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah sosial dari zaman pra-kolonial hingga di peringkat awal pascakolonial, masyarakat plural di Tanah Melayu merupakan bentuk utama masyarakat di negara ini. Kesannya berlaku ketidakseimbangan sosial dan kehidupan yang terpisah dan terasing oleh perbezaan etnik, bahasa, budaya, agama, pekerjaan dan tempat tinggal.

Rusuhan etnik 13 Mei 1969 dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak pada dekad 1970-an telah berjaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat sehingga pembangunan, migrasi dalaman dan perubahan teknologi telah mencetus perubahan sosial. Perubahan sosial telah menjadikan pekerjaan sara diri bertani berkembang kepada ciri komersial-industrial, golongan miskin menjadi kelas menengah dan kehidupan kampung menjadi kosmopolitan. Perubahan sosial ini menandakan bahawa negara sudah berubah dari sebuah negara mundur kepada negara maju.

Perubahan sosial ini juga telah mentransformasi masyarakat daripada memiliki budaya tradisional kepada budaya kemodenan yang mengutamakan keadilan, keterangkuman, demokrasi, kesepaduan sosial, menolak keganasan dan ketidakstabilan politik. Budaya kemodenan ini telah mengurangkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan dalam pelbagai kumpulan etnik di Malaysia. Dewasa ini, kita menyaksikan bahawa batas etnik  antara kumpulan etnik di Malaysia tidak tebal perbezaannya. Hal ini adalah kerana hubungan antara pelbagai golongan terjalin dalam suasana kesepaduan, diikat oleh nilai sivik sejagat seperti keadilan dan kebajikan. Keterangkuman ini juga tidak lagi meletakkan perbezaan etnik sebagai faktor primer dalam penentuan sikap dan matlamat kehidupan bermasyarakat.

Justeru, etika dan peradaban yang dihayati rakyat Malaysia yang pada asalnya adalah masyarakat majmuk, telah membina perkongsian nilai hidup bersama sehingga pendapat awam difahami bersama bukan berbeza. Bahkan hubungan antara pelbagai peringkat masyarakat diperhatikan telah merentas batas etnik dan membina hubungan berdasarkan perkiraan matlamat kehidupan sosial. Natijah penting adalah rakyat Malaysia sudah mampu menerima, berkongsi dan meraikan perbezaan etnik antara mereka sehingga menyubur kesedaran kolektif bersama etos bangsa Malaysia sebagai jati diri mereka.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pemangkin Kemiskinan Bersama Tetapi Gagal Membawa Kemakmuran Bersama

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah dasar awam yang berjaya membasmi kemiskinan dari tahun 1970-an dan menyusun semula masyarakat daripada segi pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan kediaman hingga lahir budaya kelas menengah dalam negara merentas etnik.

Namun begitu, DEB sebagai pemangkin perubahan kemiskinan bersama (shared poverty) dalam tahun 1970-an hingga tahun 2010-an berdasarkan data pengagihan pendapatan, pemilikan harta, ekuiti saham korporat dan pekali (coefficient) ini mengikut bandar, luar bandar dan etnik menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan pertumbuhan dan pengagihan ekonomi dengan baik sehinggakan golongan kelas menengah kurang berkembang tetapi golongan B40 yang semakin meningkat. Kegagalan mengagihkan kekayaan negara ini akan melahirkan keresahan ekonomi dan politik dalam kalangan masyarakat.

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) telah berusaha menampilkan model ekonomi baharu tetapi dipengaruhi oleh pendekatan kumpulan negara-negara sedang membangun BRIC (Brazil, Rusia, India dan China) yang mementingkan pendapatan perkapita tinggi tanpa memberi tumpuan yang wajar kepada kumpulan B40, miskin dan terpinggir dalam masyarakat. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), rakyat telah memilih kerajaan baharu agar kemakmuran bersama yang menjadi matlamat pembangunan negara yang mendahulukan kebajikan rakyat dapat direalisasikan.

Kesimpulan

Usaha bagi mewujudkan generasi yang berterusan menghayati etika dan peradaban perlu dilakukan. Di sinilah peranan pendidikan perlu ditonjolkan. Usaha memupuk dan mendidik nilai-nilai mulia dalam diri para pelajar perlu dimulai sedari awal agar menjadi suatu kebiasaan.

Oleh hal yang demikian, ejen pendidikan seperti institusi keluarga, sekolah dan institusi pendidikan tinggi bertanggungjawab menjadikan pendidikan adab, akhlak dan moral sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar bagi membangunkan modal insan yang berakhlak dan berperadaban tinggi untuk meneruskan kelestarian negara dalam aspek ekonomi, budaya dan alam sekitar.

Secara kesimpulannya, hakisan sosial yang berlaku pada masa kini akan menjejaskan kelestarian etika dan peradaban sejagat. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut teknologi, ekonomi, politik, sosial serta alam sekitar adalah sukar dikawal. Begitu juga dengan kepesatan ekonomi yang meningkatkan pendapatan negara dan kesejahterana hidup rakyat. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam pembangunan negara akan membawa kesan negatif.

Melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), tahap kemiskinan berjaya dikurangkan seterusnya Malaysia dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik. Perubahan ini membawa cabaran baharu kepada masyarakat dalam mengekalkan etika dan peradaban.

Oleh yang demikian, masyarakat majmuk Malaysia harus mempunyai visi yang sama dalam aspek pengukuhan negara bangsa. Perkara utama yang harus dijadikan panduan ialah sistem nilai, etika dan peradaban dan dihayati bersama dalam kehidupan seharian masyarakat.

Pembelajaran 14: Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban di Malaysia 2

Topik Minggu Ini

  • Hakisan Sosial ke atas Kelestarian Etika dan Peradaban
  • Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia ke arah Pembangunan Serta Kemakmuran Negara Bangsa

Pendahuluan

Dalam pembelajaran lepas, anda sudah mengetahui tentang kelestarian etika dan peradaban serta kedinamikan etika dan peradaban di Malaysia. Seterusnya dalam pembelajaran minggu ini, kita akan membincangkan tentang faktor-faktor hakisan sosial yang berkait rapat dengan isu-isu sosial, pembangunan serta ekonomi. Selain itu, turut dibincangkan ialah kaedah mengekalkan kelangsungan kelestarian etika.

Hakisan Sosial ke atas Kelestarian Etika dan Peradaban

Hakisan sosial terhadap kelestarian etika dan peradaban Malaysia mula menghadapi kesan serius sejak tahun 2000 dan memuncak pada tahun 2018. Hal ini berlaku kerana terjadinya insiden signifikan yang menghakis integriti, tolak ansur, keadilan, kesepaduan dan demokrasi dalam negara. Hakisan berlaku dengan pantas dipacu kebanjiran maklumat palsu yang menjejaskan keharmonian antara kaum, dan agama.

Hakisan sosial dapat diperhalusi dari aspek-aspek ini.

  1. Defisit sosial
  2. Tadbir urus dan pembangunan
  3. Ekonomi gelap (black economy) dan rasuah

/posts/mpu2183_10-14/13.jpg

Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia ke arah Pembangunan Serta Kemakmuran Negara Bangsa

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas pembangunan terutamanya ekonomi, sosial dan politik. Tunggak kelangsungan etika dan peradaban ialah melalui pembangunan negara bangsa, tadbir urus yang baik dan pembangunan negara yang adil. Pembinaan negara bangsa yang meraikan perbezaan sejarah dan asal-usul akan menjadi pemangkin keharmonian negara. Begitu halnya aspek tadbir urus negara dan pembangunan yang dapat dirasai semua golongan masyarakat.

Kegagalan menguruskan aspek di atas cenderung merosakkan keharmonian negara. Bahkan hubungan antara etnik yang terbina selama ini mudah goyah sekelip mata. Perkara ini akan dihuraikan seperti di bawah.

  1. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Matlamat Pembangunan Lestari
  2. Kesepaduan nasional dan perpaduan negara
  3. Perkongsian pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Ke-12 dan matlamat pembangunan lestari

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan satu wawasan yang mengambil kira ketidakseimbangan sosioekonomi yang dialami seluruh lapisan masyarakat di semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Golongan B40 terus dibela dengan memberikan akses serta peluang kepada sumber kekayaan negara. Pendekatan pembangunan ekonomi model Rusia, China dan Brazil yang menguntungkan pemililk ekuiti korporat asing dan golongan T20  Malaysia masih diteruskan. Keutamaan harus diberikan kepada pembangunan yang memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dalam penggubalan RMK-12.

Kesepaduan nasional dan perpaduan dalam negara akan menjamin kelestarian etika dan peradaban Malaysia. Ini kerana negara yang mengamalkan sistem nilai dan etika akan melahirkan masyarakat yang harmoni. Keadaan yang harmoni seterusnya akan mendorong rasa tanggungjawab, kebersamaan, tolak ansur, prihatin dan saling menjaga kebajikan.

Kesepaduan nasional dan perpaduan negara

Dalam urusan pentadbiran negara, etika dan adab seperti bertanggungjawab, amanah, bertolak ansur dan prihatin akan mengukuhkan perpaduan negara. Kegagalan dalam melaksanakan pentadbiran yang berkesan mahupun pembangunan tidak seimbang pastinya akan melebarkan lagi jurang antara kaya-miskin, bandar-desa serta etnik-agama. Jurang itu juga bakal dimanfaatkan golongan pembangkang dalam menepis semua usaha kerajaan kelak. Propaganda politik ditularkan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat. Berita-berita palsu pula bertebaran dan memburukkan lagi keadaan. Dalam keadaan ini, kepimpinan politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) akan memanipulasi keadaan demi meluaskan pengaruh kekuasan mereka dalam mendapatkan sokongan/undi. Situasi yang tidak terjamin ini mendatangkan kegusaran dan ketegangan dalam masyarakat. Jika tidak ditangani akan memecahbelahkan negara, membantutkan pembangunan serta politik tidak stabil.

Perkongsian pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat

Sebagai sebuah negara yang dijajah dan memilik kepelbagaian kaum, masyarakat di Malaysia sudah berkongsi budaya, bahasa, makanan dan budaya kerja sekian lama. Pertemuan unik ini memperkaya peradaban bangsa Malaysia.

Kemakmuran negara hanya dapat dicapai apabila semua lapisan masyarakat dapat menikmati pengagihan ekonomi yang adil dan saksama. Indeks Kualiti Hidup, Indeks Kesejahteraan Malaysia, Indeks Perpaduan Nasional, Indeks Kedamaian Global dan Indeks Maqasid Malaysia membuktikan Malaysia ialah sebuah negara yang makmur dan sejahtera. Formula kejayaan Malaysia ialah melalui urus tadbir negara yang baik, pembangunan yang adil serta berpengalaman menangani konflik agama dan bangsa. Proses mengurus defisit sosial yang dijalankan secara sistematik dan berterusan tentang isu kerakyatan, agama, dan sekolah juga pada akhirnya mencapai kesepaduan negara.

Secara individu, potensi seseorang boleh digarap dengan pengupayaan personaliti dengan jati diri yang teguh. Keupayaan diri yang teguh kemudiannya mengukuhkan pula keluarga, komuniti, negara dan nilai-nilai etika dan peradaban sejagat. Demi membina kestabilan, keharmonian dan kemajuan sejagat, pengalaman Malaysia yang unik ini perlu dikongsi secara meluas kepada negara serantau dan global.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, hakisan sosial yang berlaku pada masa kini akan menjejaskan kelestarian etika dan peradaban sejagat. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut teknologi, ekonomi, politik, sosial serta alam sekitar adalah sukar dikawal. Begitu juga dengan kepesatan ekonomi yang meningkatkan pendapatan negara dan kesejahterana hidup rakyat. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam pembangunan negara akan membawa kesan negatif.

Melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), tahap kemiskinan berjaya dikurangkan seterusnya Malaysia dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik. Perubahan ini membawa cabaran baharu kepada masyarakat dalam mengekalkan etika dan peradaban.

Oleh yang demikian, masyarakat majmuk Malaysia harus mempunyai visi yang sama dalam aspek pengukuhan negara bangsa. Perkara utama yang harus dijadikan panduan ialah sistem nilai, etika dan peradaban dan dihayati bersama dalam kehidupan seharian masyarakat.

 

中文翻译